Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan cetus kontrovers­i kerana dianggap masih ‘orang UMNO’

-

KOTA BHARU: Pengerusi PKR Kelantan yang baharu dilantik Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor semalam menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau melepaskan jawatan itu dan juga selaku ketua Cabang Tanah Merah.

Malah katanya, desakan itu mungkin sengaja diwujudkan oleh ‘tangan ghaib’ yang kecewa dengan keputusan pada pemilihan lalu.

“Saya tidak ambil pusing dengan desakan itu. Apa yang penting saya mahu rapatkan dan tingkatkan keanggotaa­n parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, pelantikan beliau sebagai ketua cabang juga dibuat secara demokrasi menerusi proses pengundian oleh anggota PKR pada pemilihan lalu.

Saya tidak ambil pusing dengan desakan itu. Apa yang penting saya mahu rapatkan dan tingkatkan keanggotaa­n

” parti.

Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor

Pengerusi PKR Kelantan

Sebelum ini dilaporkan PKR Tanah Merah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia yang menyatakan cabang itu hilang kepercayaa­n terhadap Muhamad Suparadi serta Timbalanny­a Mohd Hanuzi Zaharim.

Surat yang ditandatan­gani Mohd Iswadi Ismail atas kapasiti sebagai Setiausaha PKR Tanah Merah itu turut menyatakan majoriti anggota cabang berkenaan bersepakat untuk membuat akuan bersumpah hilang kepercayaa­n terhadap ketua dan timbalan ketua cabangnya.

Mengulas surat itu, Mohamad Suparadi berkata, Mohd Iswadi bukan lagi setiausaha cabang memandangk­an kepimpinan baharu PKR Tanah Merah telah melantik setiausaha baharu iaitu Azam Hafizi Mustapaha bagi sesi 2018/2021, berkuat kuasa 25 Oktober lalu.

Sementara itu, Azam Hafizi berkata surat yang dihantar Mohd Iswadi tidak mewakil PKR Tanah Merah kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam struktur kepimpinan baharu cabang tersebut.

“Kami memandang serius isu penggunaan jawatan dan kepala surat yang melibatkan nama PKR Cabang Tanah Merah dan menimbang untuk membuat laporan polis masa terdekat,” katanya.

Pada 15 Disember lalu Mohamad Suparadi yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Kelantan oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan­nya mencetuska­n kontrovers­i kerana beliau dianggap masih ‘orang UMNO dan belum sampai setahun menyertai PKR. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia