Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota parti diseru sokong Mohamad Hasan

-

Naib Presiden UMNO Datuk Ser Mohamed Khaled Nordin semalam menyeru semua penyokong dan anggota parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan neger untuk sama-sama mendukung dan membantu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dalam menjalanka­n tugas presiden UMNO.

“Ini adalah permulaan kepada usaha mereformas­i part kita. Setelah lebih enam bulan menempuhi kekalahan dan pelbagai rintangan, diharapkan agenda Islah parti akan terus subur di bawah kepimpinan baharu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sin semalam.

Beliau juga menyeru kepada orang Melayu umumnya, untuk bersatu dan terus memberi bantuan, pandangan dan kritikan membina bag kelangsung­an parti serta agenda memajukan bangsa Melayu.

Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Perlis, turut mengucapka­n terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Ser Ahmad Zahid Hamidi kerana menyerahka­n tugas presiden kepada timbalanny­a berkuat kuasa serta-merta.

“Sesungguhn­ya UMNO akan sentiasa berterima kasih atas tindakan berjiwa besar ini Segala jasa baik dan amal bud (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan dikenang jua.

“Terima kasih yang mendalam juga atas khidmat bakti yang dicurahkan dan pengorbana­n tanpa lelah serta ikhlas kepada UMNO Semoga segala yang demikian diperkirak­an sebaga amal soleh hendaknya,” kata beliau.

Selain itu, Mohamed Khaled turut mendoakan agar Allah memberikan kesabaran kekuatan dan ketenangan kepada Ahmad Zahid untuk menghadapi cabaran peribadiny­a.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan presiden parti dan menganggap ia bukan mudah dan hanya dilakukan seseorang yang berjiwa besar.

“Bagi Pemuda UMNO Johor, semua keputusan yang dibuat ada hikmahnya dan apa yang penting adalah bagaimana parti keramat in dapat terus belayar pada har esok, lusa dan 100 tahun akan datang.

“Apa yang penting, dengan keputusan ini Pemuda UMNO Johor harap tiada lagi isu hala tuju dan ‘aktiviti’ melompat parti pada semua ahli Parlimen,” kata ketuanya Mohd Hairi Md Shah, dalam satu kenyataan berasingan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia