Utusan Borneo (Sarawak)

Pogba padam segera selepas muat naik gambar senyuman sinis di laman sosial apabila berita pemecatan Mourinho tersebar

-

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, mengeluark­an dan kemudian memadamkan dengan segera muat naik gambar beliau tersenyum sinis ke media sosial selepas pengurus Manchester United, Jose Mourinho, dipecat oleh kelab awal hari Selasa lepas.

Mourinho dipecat selepas permulaan terburuk United dalam satu musim sejak 28 tahun, menyebabka­n kelab ketinggala­n di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, dengan 19 mata.

Pemecatan pengurus dari Portugal itu, mungkin antara lain disebabkan oleh perhubunga­n dingin beliau dengan Pogba, yang tidak langsung membuat sebarang penampilan walaupun berada dalam senarai pemain simpanan ketika United tewas 1-3 di Liverpool hujung minggu lepas.

Pogba mengeluark­an gambar senyuman sinis beliau di laman sosial Instagram selepas berita pemecatan Mourinho tersebar, dengan mengeluark­an tajuk “tulis kapsyen”.

Muat naik pemain antarabang­sa Perancis berusia 25 tahun dengan mudah diterjemah­kan sebagai meraikan pemecatan Mourinho dan beliau telah dikritik oleh bekas bintang United, Gary Neville, yang membalas menggunaka­n laman Twitter dengan menulis: “Kamu juga perlu melakukann­ya!!”, mencadangk­an Pogba juga perlu meninggalk­an United.

Lebih dari 64,000 pengikut menyukai muat naik sinis Pogba itu tetapi beliau mem- adam muat naik itu 10 minit kemudian dengan mendakwa ia sebenar sebahagian dari kempen pemasaran untuk syarikat pakaian sukan, Adidas.

Kontrovers­i itu kelihatan penamat memeranjat­kan pada perhubunga­n dingin beliau dengan Mourinho.

Pogba menyertai United untuk rekod kelab 89 juta pound, beberapa minggu selepas Mourinho dilantik sebagai pengurus pada 2016.

Tetapi bekas bintang Juventus itu kerap kali dikritik oleh Mourinho sepanjang tempoh dua tahun setengah di kleab.

Selepas Pogba mempamerka­n aksi cemerlang untuk membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia pada bulan Julai, Mourinho memilih untuk tidak memberi pujian kepada Pogba tetapi sebaliknya menambah lagi kemarahan dengan secara terbuka bertanya kenapa beliau tidak mencuba sedaya-upaya untuk United.

Pogba digugurkan jawatan naib kapten pada awal musim dan kedua-dua pihak juga bertukar jelingan semasa satu sesi latihan ketika Mourinho semakin berang dengan prestasi hambar beliau, di mana Mourinho juga beberapa kali membangkit­kan perdebatan mungkin mahu menjualnya pada akhir musim.

Bekas pemain tengah United, Darren Fletcher mengenai Pogba semasa tempoh pertama Pogba di kelab ketika masih muda dan beliau berkata Pogba “perlu diberi pengajaran”.

Fletcher bimbang peme- catan Mourinho akan meyakinkan Pogba di mana beliau kini boleh lepas dari apa jua tindakan yang beliau mahu lakukan, melainkan pengurus baharu menanganin­ya dengan segera.

“Saya fikir beliau tidak bersikap dengan baik akhirakhir ini dan perlu diberi peringatan,” kata Fletcher.

“Saya fikir apa yang beliau buat hari ini (muat naik gambar), sama ada ia adalah pasukan beliau atau siapa sahaja, ia adalah tentang Pogba dan Mourinho’. Sekarang, jika Pogba memikirkan beliau lebih besar dari Mourinho, maka itulah masalah seterusnya untuk kelab.

“S e s e - orang perlu mengawal Paul dan b e r k a t a , ‘ Dengar sini, ia bukan perb a l a h a n di antara Mourinho dan Pogba dan kamu m e n a n g , kamu harus m e m b u k - tikan diri kami sendiri.

“Seorang pengurus harus datang dan menuntut lebih lagi dari beliau, untuk membawa pasukan ke hadapan.”—

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia