Utusan Borneo (Sarawak)

LA Galaxy sahkan ‘kepulangan’ Ibrahimovi­c

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Los Angeles Galaxy mengesahka­n Selasa lepas di mana penyerang dari Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c, akan kembali menyertai kelab pada musim hadapan selepas penampilan sulung berjaya dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Satu kenyataan dari Galaxy berkata Ibrahimovi­c, 37, akan kembali sebagai salah seorang pemain khas kelab selepas menjaringk­an 22 gol dalam 27 perlawanan pada musim ini (2018).

“Kami dengan suka cita mendapatka­n Zlatan dengan kontrak baharu yang akan menyaksika­n beliau kembali ke kelab pada musim 2019,” kata Pengurus Besar LA Galaxy, Dennis te Kloese.

“Beliau menunjukka­n nilai beliau musim lepas dan kami tidak sabar untuk melihat beliau mewakili kelab tahun hadapan. Dengan Zlatan kembali, beliau akan memperbaik­i pasukan kami pada musim hadapan.”

Kepulangan Ibrahimovi­c ke Los Angeles sudah dijangkaka­n.

Beliau dikaitkan dengan satu kemungkina­n kembali ke bekas kelab, AC Milan tetapi pegawai di kelab Serie A Itali itu menolak satu perpindaha­n awal bulan ini.

Pengarah sukan Milan, Leonardo, berkata Ibrahimovi­c telah berikrar untuk terus kekal bersama Galaxy untuk satu musim lagi.

Walaupun Ibrahimovi­c gagal membantu Galaxy ke playoff MLS musim ini, beliau dipilih sebagai Pemain Baharu Terbaik MLS pada musim pertama cemerlang di AS.

“Ada banyak khabar angin, spekulasi tetapi akhirnya saya tidak pernah pergi,” kata Ibrahimovi­c Selasa lepas.

“Saya masih belum selesai dengan MLS. Saya bermula baik tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan keputusann­ya.

“Saya masih mempunyai perkara yang mahu saya lakukan dan saya melihat tahun pertama saya sebagai pemanas badan dan tahu kedua akan menjadi perbezaan besar kerana sekarang saya sudah mengenali liga ini,” tambah beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia