Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pasukan teratas Liga Trio 159 & Ke Bawah kekal kedudukan

-

Empat pasukan teratas Liga Trio 159 & Ke Bawah Megalanes Adventure World mengekalka­n kedudukan masing- masing selepas bertarung selama lapan minggu.

Mengetuai kedudukan pasukan Charrott Charrot 7 meskipun tewas 7-13 kepada Last Menet Bowlers yang juga kekal di tangga ketiga.

Brother’s Gengs yang kurang 5.21 mata turut kekal di tangga kedua selepas menjinakka­n Team Joss yang menduduki tangga kelima dengan 12-8.

Manakala Borneo Pin Hunters kekal di kedudukan keempat selepas kemenangan 11-9 mengatasi Pin Buster.

Secara purata, tiga pasukan teratas hanya dibezakan dengan 7.46 mata Peterson.

Dengan hanya berbaki dua minggu sebelum liga berakhir, saingan untuk merebut kejuaraan dijangka bertambah sengit apabila pasukan teratas masing-masing mahu menampilka­n persembaha­n terbaik mereka.

Dalam pada itu, Clinton Rawing yang mewakili Borneo Pin Hunters masih keka selaku pendahulu kategor Permainan Tertinggi Individu dan Siri Tertinggi Individu.

Beliau bagaimanap­un dicabar Shah Hazriq (Rolling Team) dan Qusyairy Loft (Charrott Charrott 7) dalam perebutan dua kategori berkenaan.

Perebutan kategori Permainan Tertinggi Pasukan masih diungguli Last Menet Bowlers sambil diekori Siraulo.

Manakala Charrott Charrott 7 dan Last Menet Bowlers berada dalam kedudukan satu dan dua perebutan kategor Siri Tertinggi Pasukan.

 ??  ?? TERUS MENCABAR: Pemain SDO Bowlers (dari kiri) Mohd Aliff, Haidi Lasalem dan Mohd Hafez yang turut mencatat kemenangan besar pada minggu lepas.
TERUS MENCABAR: Pemain SDO Bowlers (dari kiri) Mohd Aliff, Haidi Lasalem dan Mohd Hafez yang turut mencatat kemenangan besar pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia