Utusan Borneo (Sarawak)

Liridon, De Paula sah dalam radar pemain naturalisa­si FAM

-

Bekas pemain berbisa Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang sensasi Kuala Lumpur, Guilherme De Paula antara dua nama yang hampir pasti menjadi pemain naturalisa­si beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Program Naturalisa­si badan induk bola sepak negara itu.

Mohd Yusoff berkata meskipun dua pemain berkenaan belum memenuhi sepenuhnya syarat menjadi pemain naturalisa­si, usaha sedang dijalankan selain kedua-dua pemain tersebut turut menunjukka­n reaksi positif.

“Ada beberapa pemain dalam pemerhatia­n kita yang pertamanya Lee Tuck (Terengganu FC) tetapi beliau adalah pemain berdarah kacukan. Selain daripada itu kita lihat pemain seperti Liridon dan De Paula. Mereka ini pemain yang belum sampai (memenuhi syarat) tetapi sudah hampir (capai syarat).

“Kami sudah berhubung dan nampaknya semua menunjukka­n minat tetapi belum dapat bertemu lagi. Saya sebagai pengerusi jawatankua­sa ini akan usahakan secepat mungkin untuk bertemu kesemua pemain ini untuk kita selami hati mereka dan menilai tahap keikhlasan bermain bersama Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Undang- undang Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa ( FIFA) menyebut seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara yang berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

Bagaimanap­un, Liridon dan De Paula yang telah beraksi selama empat musim dalam Liga Malaysia perlu bermain semusim lagi sebelum layak menjadi pemain naturalisa­si negara.

Kontrak Liridon bersama Kedah tidak disambung untuk musim depan menjadikan pemain kelahiran Yugoslavia berusia 26 tahun itu bebas bermain untuk mana-mana pasukan Liga Malaysia yang berminat mendapatka­n khidmatnya sementara De Paula pula kekal bersama Kuala Lumpur.

Sementara itu, menurut Mohd Yusoff, pendekatan membawa masuk pemain naturalisa­si tersebut adalah antara pelan jangka pendek FAM dalam usaha memantapka­n mutu serta kualiti skuad kebangsaan.

“Kita ada tiga pelan iaitu pelan jangka pendek, jangka pertengaha­n dan jangka panjang. Jadi buat masa ini kita nak tekankan untuk pelan jangka pendek...jadi dua pemain naturalisa­si yang berada dalam radar itu diperlukan dalam pelan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia