Utusan Borneo (Sarawak)

PASAREKA 2018

-

simbolik negara ini. TAMBAH NILAI PRODUK KRAF

Berpendapa­t produk kraf tidak boleh bersifat statik dan memerlukan penambahba­ikan dari semasa ke semasa, Elmi berkata pengusaha dan usahawan kraf seperti beliau perlu berani mempelbaga­ikan fungsi serta rekaan mereka bagi memastikan kelangsung­an industri berkenaan.

Justeru katanya, kraf ‘fabric paper doll’ diilhamkan untuk program interaktif atau aktiviti bersama yang melibatkan hubungan dua hala antara pengajar dan peserta.

Ia juga boleh dimasukkan dalam subjek tertentu di sekolah atau aktiviti yang melibatkan program pelanconga­n serta untuk kaum wanita atau ibu yang mahu menjana pendapatan sampingan.

“Sebelum ini saya hanya membuat dan menjual produk kraf. Dengan terilhamny­a produk bersifat interaktif ini, ia memberi kepuasan berganda apabila saya berpeluang mengajar dan mendedahka­nnya kepada masyarakat,” katanya yang turut menyediaka­n peralatan seperti gam, gunting, pisau dan pita pelekat untuk menghasilk­an ‘fabric paper doll’.

Bekalan kain perca diperoleh daripada rakan-rakan selain sebahagian­nya turut dibeli bagi tujuan suai padan antara corak baju, kain, seluar, selendang mahupun sampin.

“Penggunaan kain perca bukan sahaja boleh menjimatka­n kos bahkan menggalakk­an kitar semula PASAREKA 2018 menghimpun­kan pelbagai kegiatan seni dan kreativiti dalam aspek reka bentuk produk kraf tempatan di samping turut menawarkan pelbagai g karya y kreatif dan inovatif. Program yang bermula pada pad 15 hingga 18 Disember di Kompleks Kraf Johor J itu bakal menjadi platform perkongsia­n idea pereka kraftangan tempatan, pereka jemputan, penggiat seni, pemain industri reka be bentuk kreatif termasuk usahawan kraf seluruh selu Malaysia Pengarah projek PASAREKA PASAREK 2018 Khairul Hafizi Naharuddin berkata program itu diharap turut menjadi medium untuk produ produk kraf yang berpotensi diketengah­kan, ditambah baik bai dan dikomersil­kan. Di samping ‘fabric paper doll’, do produk lain yang turut diberi tumpuan tumpua termasukla­h wau, kompang dan angklung. a “Melalui program ini juga, orang ramai berpeluang melihat melih produk kraf yang diberi ‘nafas baru’ ba sekaligus menepati permintaan se semasa. Contohnya wau, bukan lagi sekadar s wau bahkan dipelbagai dipelbagai­kan menjadi rantai kunci ‘key-chain’, ‘ke loket dan penand penanda buku yang pastinya mena menambah nilai komersilny­a sek sekaligus boleh menjana pen pendapatan.

“S “Seramai 500 pe peserta yang terdiri d daripada usahawan, pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta agensi kerajaan dan swasta dij dijangka menyertai progr program ini,” katanya. Mensas Mensasarka­n penglibata­n generasi muda m bagi mencungkil bakat bar baru, program ini juga turut melibatkan mel pereka dan Adig Adiguru Kraf untuk berkarya dan membawa idea kreatif mereka dalam menghasilk­an produk kraf inspirasi dari kraf rakyat berasaskan empat produk berkenaan. Selain Reka-Reka Kraf Rakyat yang berbentuk pendidikan kraf, aktiviti lain PASAREKA 2018 termasukla­h Pameran Produk Baru, Designer’s Talk (seminar bersama personalit­i industri kreatif), Pocket Talk (bual bicara bersama pereka jemputan dan pemain industri) dan Design Market (jualan produk kraf). — Bernama lebihan kain yang tidak digunakan. Bahan lain yang diperlukan adalah ‘kit’ yang telah disediakan yang merangkumi bentuk badan, kaki, tangan, kepala dan sanggul.

“Kain perca akan dipasang (digam) pada kit yang telah digunting mengikut bentuk. Bagi aksesori kepala, terdapat beberapa jenis cucuk sanggul yang boleh digayakan bergantung kepada kreativiti si pembuat,” jelasnya sambil menambah batang lidi dan kayu aiskrim serta kertas tebal turut digunakan bagi tujuan menghias kraf berkenaan apabila siap.

Elmi pada masa sama turut berkongsi perancanga­nnya untuk menghasilk­an kit ‘fabric paper doll’ yang lebih lengkap beserta garis panduan pembuatann­ya yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja di samping bercadang memperluas­kan tema rekaan kepada pakaian tradisiona­l kaum lain di Malaysia. PERANAN KRAFTANGAN

Mengenai penglibata­n anak muda dalam industri kraf, beliau berkata golongan itu perlu merebut peluang dengan meningkatk­an kemahiran serta bakat lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai platform yang disediakan hari ini.

Turut menyifatka­n industr berkenaan luas untuk diteroka dan boleh menjadi sumber pendapatan jika dimanfaatk­an sebaiknya, beliau berkata seseorang itu perlu menghasilk­an sesuatu yang memberi makna kepada masyarakat dan negara kerana ia pasti akan memberi pulangan baik kepada mereka.

Kraftangan Malaysia juga banyak membantu dalam mengembang­kan kerjaya pengusaha dan usahawan kraf terutama dalam aspek meluaskan jaringan rakan niaga, potensi pelanggan serta ruang untuk percambaha­n idea dengan menghimpun­kan ahli-ahli kraf yang boleh dijadikan rujukan.

“Peluang menyertai pelbagai aktiviti dan pertanding­an kraf turut mendedahka­n saya kepada ilmu berkaitan industri agar terus menjadi kreatif dan inovatif dalam menghasilk­an sesuatu produk...Ini termasukla­h ‘fabric paper doll’ ini,” kata Elmi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? EKSLUSIF: Elmi menunjukka­n hasil fabrik tradisiona­l miliknya yang menghasilk­an hiasan bermagnet, hiasan dinding dan juga penanda buku yang bertemakan pakaian tradisiona­l Melayu seperti baju Melayu dan kebaya ketika ditemui pada aktiviti simulasi Reka-Reka Kraf Rakyat yang merupakan program pra-PASAREKA 2018 di Kompleks Kraf Johor baru-baru ini.
— Gambar Bernama EKSLUSIF: Elmi menunjukka­n hasil fabrik tradisiona­l miliknya yang menghasilk­an hiasan bermagnet, hiasan dinding dan juga penanda buku yang bertemakan pakaian tradisiona­l Melayu seperti baju Melayu dan kebaya ketika ditemui pada aktiviti simulasi Reka-Reka Kraf Rakyat yang merupakan program pra-PASAREKA 2018 di Kompleks Kraf Johor baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia