Utusan Borneo (Sarawak)

Setiausaha Luar Britain sertai karol Natal untuk warga ditahan di luar negara

-

Setiausaha Luar Britain Jeremy Hunt pada Selasa menyertai aktivis yang menyanyika­n lagu-lagu Natal di satu demonstras­i di hadapan Downing Street untuk warga Britain yang ditahan di luar negara termasuk warga Britain-Iran Nazanin ZaghariRat­cliffe.

Zaghari-Ratcliffe, seorang pekerja Thomson Reuters Foundation, ditahan di lapangan terbang Tehran pada April 2016 dan kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan menghasut – tuduhan yang dia nafikan dengan konsisten.

“Saya mahu memberi penghormat­an kepada semua keluarga yang berkempen untuk orang tidak bersalah yang ditahan di luar negara,” kata Hunt kepada puluhan aktivis yang berdiri dalam keadaan hujan lebat.

“Ini adalah sesuatu yang sedang diusahakan dengan gigih sekali oleh Pejabat Luar, secara terbuka dan secara sulit,” katanya.

Sebatang pokok Krismas yang kecil di acara itu dihiasi dengan mesej sokongan dan akan dihantar kemudian ke Pejabat Luar “sebagai wadah bagi impian kami”, kata suami Zaghari-Ratcliffe, Richard.

Richard Ratcliffe, yang menghadiri acara itu untuk Natal ketiga berturut-turut, memberitah­u AFP isterinya yang dipenjara “agak rapuh” ketika musim percutian bermula.

“Semua kita tahu apa yang sedang diharungi oleh satu sama lain dan orang masih prihatin, jadi ia memberi semangat kepada kita,” katanya.

Matt Hedges, seorang ahli akademik Britain yang dipenjara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tujuh bulan pada tahun ini kerana tuduhan mengintip sebelum dibebaskan pada bulan lepas, turut menyertai acara berkenaan bersama isterinya Daniela Tejada.

“Walaupun saya cuba tabah untuk Matt, terdapat banyak waktu di mana saya rasa tewas dan tiada harapan,” kata Tejada.

“Kadang-kadang, walaupun saya berjuang dan berusaha tanpa henti-henti untuk pembebasan­nya, saya tidak fikir bahawa suami saya akan balik untuk meraikan Natal bersama saya,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia