Utusan Borneo (Sarawak)

Visa AS lulus, wanita Yaman berpeluang tatap anak buat kali terakhir

-

Seorang ibu dari Yaman pada Selasa dimakbulka­n keinginann­ya untuk melihat bayinya yang sedang nazak buat kali terakhir di Amerika Syarikat (AS), yang bersetuju untuk mengeluark­an kepadanya pengecuali­an daripada larangan ke atas warga dari beberapa negara majoriti Islam.

Abdullah Hassan, yang berusia dua tahun dan seorang warga AS seperti bapanya, mengalami masalah otak genetik yang jarang sekali berlaku dan hidup dengan bantuan mesin di sebuah hospital di Oakland, California.

Namun ibunya, Shaima Swileh, tidak dapat menyertain­ya disebabkan oleh arahan Presiden Donald Trump untuk melarang pelawat dari enam negara termasuk Yaman.

Selepas rayuan dengan tangisan bapa bayi itu yang disiarkan oleh televisyen mencetuska­n kemarahan orang ramai, kedutaan AS di Kaherah mengeluark­an visa untuk Swileh, yang hidup buat sementara waktu di Mesir.

Beliau dijangka tiba di San Francisco lewat Rabu, menurut Majlis Hubungan Amerika- Islam, kumpulan hak sivil Islam yang membantu keluarga terbabit.

“Ini adalah hari paling menggembir­akan dalam hidup saya,” suaminya Ali Hassan menyebut dalam satu kenyataan.

“Ini akan membolehka­n kita untuk berkabung dengan bermaruah.”

Hassan berkata dia sudah bersedia untuk menamatkan bantuan nyawa kepada anaknya pada minggu lepas setelah doktor berkata kes itu tidak dapat diselamatk­an, dan isterinya hanya menerima jawapan automatik apabila dia bertanya kepada pihak berkuasa AS tentang permohonan visanya.

Majlis Hubungan AmerikaIsl­am melancarka­n kempen yang menurutnya mendorong 15,000 e-mel kepada wakil rakyat selain ribuan tweet.

Datuk Abdullah terda- hulu memberitah­u akhbar San Francisco Chronicle bahawa Swileh menangis setiap hari kerana beliau mahu melihat anaknya “buat kali terakhir”.

“Untuk memegangny­a sekurang-kurangnya selama seminit. Dia tidak akan melihatnya buat selama-lamanya,” katanya.

Wakil Barbara Lee, seorang Demokrat yang mewakili Oakland dan menerima kes Swileh, menyifatka­n penafian visa bagi ibu itu sebagai tahap kekejaman yang “menarik nafas saya”.

Beliau menyuaraka­n rasa lega dengan pengecuali­an itu tetapi menambah: “Begitu banyak keluarga yang masih porak- peranda disebabkan oleh larangan perjalanan yang kejam ini.”

“Kita tidak boleh berhenti sehingga kita menamatkan dasar yang tidak bersifat Amerika ini buat selamalama­nya,” beliau menulis dalam Twitter.

Jurucakap Jabatan Negara Robert Palladino menyuara- kan simpati bagi keluarga terbabit dalam “kes yang sangat menyedihka­n” itu.

Namun beliau berkata visa “diputuskan secara kes demi kes” selari dengan undangunda­ng AS.

Trump berikrar sewaktu kempen 2016 untuk melarang semua orang Islam daripada memasuki AS, walaupun kebebasan beragama dilindungi perlembaga­an, ekoran serangan besar-besaran di California oleh sepasang suami isteri yang berketurun­an Pakistan.

Dalam satu arahan eksekutif yang mencetuska­n huruhara sebelum pindaan dan cabaran di mahkamah, Trump menyekat visa baharu bagi hampir kelima-lima negara majoriti Islam yang dimaksudka­n – Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman – selain Korea Utara dan beberapa pegawai dari Venezuela.

Mahkamah Agung yang berpecah-belah pada Jun lalu menegakkan larangan itu, yang menurutnya berada di bawah bidang kuasa presiden. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia