Utusan Borneo (Sarawak)

Madagascar saks pertarunga­n antara dua bekas presiden

Dalam perebutan kuasa yang amat peribadi di pulau Lautan Hindi itu

-

ANTANANARI­VO: Rakyat Madagascar mengundi pada Rabu dalam pilihan raya pusingan kedua antara dua musuh yang sudah menunggu selama bertahun-tahun untuk menentang satu sama lain dalam perebutan kuasa yang amat peribadi di pulau Lautan Hindi itu.

Pertarunga­n antara Marc Ravalomana­na dan Andry Rajoelina boleh menyebabka­n semula keadaan yang tidak stabil di negara mundur itu jika keputusan ditolak oleh calon yang tewas atau dakwaan dibuat tentang penipuan yang berleluasa, kata penganalis­is.

Kedua- dua calon menduduki tempat pertama dan tempat kedua yang tipis dalam pemilihan awal pada November lepas, jauh di hadapan pencabar mereka yang lain.

Ravalomana­na dan Rajoelina dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya 2013 sebagai sebahagian daripada persetujua­an untuk menamatkan krisis yang kerap menggegark­an Madagascar sejak kemerdekaa­n daripada Perancis pada 1960.

“Pilihan saya sudah dibuat, tetapi saya sendiri yang tahu,” kata suri rumah berusia 45 tahun Monique Norosoa kepada AFP ketika dia mengundi di ibu negara Antananari­vo.

Pada pusingan pertama, Rajoelina menang 39 peratus berbanding 35 peratus bagi Ravalomana­na.

Kedua-dua kem mendakwa mereka telah menjadi mangsa penipuan.

Ravalomana­na, 69, pertama kali dipilih untuk menjadi presiden pada 2002 tetapi terpaksa meletak jawatan tujuh tahun kemudian oleh demonstras­i ganas yang disokong oleh Rajoelina, ketika itu datuk bandar ibu kota Antananari­vo. Rajoelina, 44, dilantik oleh tentera dan memerintah sehingga 2014.

“Kad pengenalan palsu dan kad pengundi palsu sedang diedarkan sekarang. Jika kementeria­n dalam negeri tidak membuat apa-apa, masalah akan timbul,” kata Ravalomana­na dalam perdebatan kedua-dua calon dalam TV menjelang hari pilihan raya.

“Saya akan berusaha dan melakukan apa sahaja untuk menjadikan Madagascar sebuah negara maju,” beliau berikrar sambil menggarisk­an pengalaman dan jati dirinya berbanding Rajoelina yang lebih muda.

Rajoelina menggunaka­n perdebatan itu untuk mengemukak­an nada berkuasa, dengan menyatakan beliau akan menyatukan negara dan berjanji untuk menghormat­i keputusan.

“Marilah kita bersetuju bahawa pilihan rakyat Madagascar akan membimbing negara,” katanya dan menambah beliau akan “menjadi presiden semua orang, dari utara ke selatan dan dari timur ke barat”.

Kira-kira 45 peratus daripada 10 juta pengundi berdaftar tidak turun pada pusingan pertama, dan dua calon yang masih bertanding melawat seluruh negara menggunaka­n helikopter dalam usaha mereka untuk mendapatka­n undi.

Kedua-dua calon telah berbelanja besar ke atas kempen, dengan janji dan pemberian yang dibahagika­n dengan sesuka hati kepada pengundi antara yang paling miskin di Afrika.

Dengan personalit­i keduadua calon yang mendominas­i pilihan raya, isu-isu seperti kemiskinan, rasuah dan ketiadaan perkhidmat­an asas amnya telah diketepika­n.

Beberapa penganalis­is memberi amaran bahawa kesan daripada pilihan raya boleh merosakkan peluang pembanguna­n bagi negara itu.

“Kita ada dua ego yang bersemuka dan tidak melihat diri kalah dan mungkin dapat meneruskan usaha hingga ke akhir, terutamany­a jika keputusan sangat tipis sekali,” kata Sahonda Rabenarivo dari Observator­i Kehidupan Politik di Madagascar (Sefafi).

Bekas menteri pendidikan Paul Rabary, seorang calon pinggiran yang tersingkir pada pusingan pertama, berkata taruhan adalah tinggi.

“Bagi Marc Ravalomana­na, jaringanny­a tidak akan hidup jika beliau tidak memegang kuasa. Bagi Rajoelina pula, sejarah peribadiny­a dicemari kudeta ( 2009), jadi beliau mesti menang untuk menyelamat­kan maruah.”

Ravalomana­na merupakan seorang bekas penjual susu dari sebuah keluarga petani miskin yang seterusnya membina empayar perniagaan, manakala Rajoelina adalah seorang bekas perancang parti dan usahawan yang berjaya dengan kemahiran komunikasi yang licik.

Madagascar terkenal kerana vanila dan kayu merah yang berharga, namun antara negara paling miskin di dunia, menurut data Bank Dunia, dengan 76 peratus rakyat yang hidup dalam kemiskinan tegar.

Presiden Hery Rajaonarim­ampianina tersingkir pada pusingan pertama selepas menerima hanya sembilan peratus undian.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LEBIH BERPENGALA­MAN: Ravalomana­na menunjukka­n reaksi ketika beliau tiba untuk berucap kepada puluhan ribu penyokong sewaktu rapat umum kempen pada 15 Disember lepas di stadium Mahamasina di Antananari­vo, Madagascar.
— Gambar AFP LEBIH BERPENGALA­MAN: Ravalomana­na menunjukka­n reaksi ketika beliau tiba untuk berucap kepada puluhan ribu penyokong sewaktu rapat umum kempen pada 15 Disember lepas di stadium Mahamasina di Antananari­vo, Madagascar.
 ?? — Gambar AFP ?? YAKIN MENANG: Rajoelina (tengah) menyapa penyokong sewaktu mengadakan perarakan kempen pada 16 Disember lepas di Antananari­vo, Madagascar.
— Gambar AFP YAKIN MENANG: Rajoelina (tengah) menyapa penyokong sewaktu mengadakan perarakan kempen pada 16 Disember lepas di Antananari­vo, Madagascar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia