Utusan Borneo (Sarawak)

19 kakitangan NGO maut dalam nahas bas di Uganda

-

Sekurangku­rangnya 19 anggota kakitangan sebuah organisas bukan kerajaan (NGO) maut dan enam lagi cedera pada Selasa apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan dan terjunam dari cenuram di timur Uganda.

“Seramai 19 orang sudah disahkan mati dan enam lag cedera parah apabila bas mereka terjunam dari cenuram dan terjatuh ke dalam lembah,” kata jurucakap polis wilayah Rogers Taitika pada Selasa.

Dia berkata bas tersebut membawa kakitangan sebuah NGO Amerika yang sedang dalam perjalanan ke wilayah Kapchorwa untuk parti tahunan mereka ketika ia mengalami kemalangan dekat Sipi, kira-kira 300 kilometer ke timur Kampala.

“Kami sedang menyiasat perkara ini untuk menentukan punca nahas itu,” kata Taitika.

“Mangsa yang terkorban dikenali sebagai kakitangan NGO berkenaan yang berpangkal­an di daerah-daerah Kiryandong­o dan Masind (selatan Uganda).”

Uganda mempunyai salah satu rekod terburuk bagi keselamata­n jalan raya, disebabkan oleh keadaan kenderaan dan jalan yang buruk selain pemanduan berbahaya.

Lebih 9,500 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara itu di antara 2015 hingga 2017, menurut perangkaan dari kementeria­n pengangkut­an, dan situas itu bertambah buruk saban tahun.

Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun lepas menyebut 10 orang mati di jalan raya Uganda setiap hari dan nahas jalan raya menyebabka­n negara itu menanggung kerugian sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) – atau lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada 2015, Presiden Yower Museveni sendiri memecat 900 pegawai yang bertanggun­gjawab ke atas kerja membina jalan raya, untuk mempertang­gungjawabk­an mereka bagi keadaan jalan raya yang buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia