Utusan Borneo (Sarawak)

Facebook padam ratusan laman, akaun ada pautan kepada tentera Myanmar

-

Facebook telah mengeluark­an ratusan laman dan akaun di Myanmar dengan pautan tersembuny­i kepada angkatan tentera, kata platform itu pada Rabu, selepas syarikat itu berusaha untuk menangani kritikan berhubung kegagalan untuk mengawal ucapan kebencian dan maklumat salah.

Gergasi media sosial itu – laman paling popular dan berpengaru­h di Myanmar – sudah dikecam selama bertahun-tahun kerana tindakanny­a yang tidak berkesan kepada tulisan berniat jahat, khususnya terhadap masyarakat Muslim Rohingya di negara itu.

Masalah itu mencapai tahap kesegeraan baharu pada tahun lepas apabila tentera Myanmar mengusir lebih 720,000 orang Rohingya ke Bangladesh, manakala bahan yang memburukka­n kumpulan tanpa negara itu tular dalam laman tersebut.

Facebook pada Rabu berkata kira-kira 425 laman, 17 kumpulan, 135 akaun dan 15 akaun Instagram sudah dikeluarka­n, yang menyamar sebagai laman-laman berita, hiburan, kecantikan dan gaya hidup yang bebas tetapi dalam realiti ada pautan kepada tentera atau kepada laman yang dikeluarka­n pada masa lalu.

Ini merupakan pengeluara­n laman dan akaun ketiga yang menyeluruh oleh Facebook bagi apa yang ia sebut sebagai “kelakuan tidak tulen yang bersepadu” di Myanmar ekoran pemadaman pada Oktober dan Ogos lalu.

Sami nasionalis yang berpendiri­an keras dan malah golongan jeneral tertinggi dalam angkatan tentera, yang dituduh oleh penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan genosid, merupakan antara pengguna yang disenaraih­itamkan oleh Facebook pada tahun ini.

Facebook berkata dalam satu tulisan bilik berita bahawa ia tidak mahu orang atau organisasi “mewujudkan jaringan akaun untuk mengeliruk­an orang lain tentang siapa diri mereka, atau apa yang mereka buat”, dan menambah satu laman mempunyai 2.5 juta pengikut.

Beberapa laman yang dipadamkan dipanggil ‘Down for Anything’, ‘Let’s Laugh Casually’ dan ‘ We Love Myanmar’.

Facebook telah berusaha untuk memperbaik­i reputasiny­a yang tercalar, dengan memperbaik­i kelajuan menurunkan ucapan kebencian dan berikrar untuk menambah penyemak semula bahasa Myanmar di kalangan kakitangan­nya kepada 100 menjelang hujung 2018.

Namun pengkritik berkata ini tidak memadai untuk menyelia kira- kira 20 juta akaun Facebook di negara itu, kebanyakan­nya dalam pelbagai bahasa tempatan.

Satu laporan bebas yang ditauliahk­an oleh Facebook merumuskan pada bulan lepas bahawa kerajaan pada akhirnya bertanggun­gjawab bagi pencabulan hak asasi manusia tetapi syarikat itu sepatutnya meningkatk­an lagi usaha untuk menghalang platform itu daripada digunakan untuk mengapi-apikan perpecahan dan menghasut keganasan di luar talian.

Ia turut memberi amaran bahawa pilihan raya pada 2020 di Myanmar kemungkina­n akan menyaksika­n ledakan kesalahan dan maklumat salah.

Kebanyakan penduduk di Myanmar hanya menggunaka­n media dalam talian sejak beberapa tahun lalu apabila penggunaan telefon pintar melonjak selepas negara itu dibuka kepada dunia luar setelah diperintah oleh tentera selama berdekad-dekad.

Kerajaan pemimpin awam Aung San Suu Kyi – yang memeterai perjanjian perkongsia­n kuasa yang tegang dengan tentera – telah dikritik kerana tidak meningkatk­an lagi usaha untuk membela masyarakat Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia