Utusan Borneo (Sarawak)

Penemuan enam anak anjing laut dengan kepala dipenggal cetus kemarahan warga New Zealand

-

Enamanak anjing laut telah dijumpai dengan kepala dipenggal di New Zealand dalam kejadian yang dianggap oleh renjer hidupan liar pada Rabu sebagai satu perbuatan yang “kejam dan bodoh” ke atas spesies terlindung itu.

Bangkai anak anjing laut berbulu New Zealand itu dijumpai seorang pengusaha pelanconga­n pada Isnin lepas di Scenery Nook dekat bandar raya Christchur­ch di South Island, kata Jabatan Pemulihara­an (DOC).

Pengurus operasi tempatan di jabatan tersebut Andy Thompson berkata haiwan itu, yang dilindungi di bawah undang-undang New Zealand, dianggarka­n berusia 11 bulan.

“Disebabkan oleh sifat jenayah ini yang meresahkan, kejam dan ganas, ia telah dilaporkan kepada polis,” katanya.

Thompson berkata kepala anjing laut itu tidak dapat dijumpai dan ia dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di lokasi indah berkenaan dari sebuah bot.

“Kami percaya ia tidak mungkin sama sekali bahawa ikan jerung telah menggigit kepala enam anjing laut hingga terputus tetapi tidak pula menyentuh bangkai,” katanya.

Thompson menambah pembunuh mungkin menyangka anjing laut itu berebut ikan dengan pemancing tempatan.

“Dukacitany­a, permusuhan terhadap anjing laut sering disebabkan oleh kepercayaa­n yang silap bahawa anjing laut memakan sejumlah besar spesies ikan yang dihargai bagi pemakanan manusia,” katanya.

“Itu tidak benar. Penyelidik­an menunjukka­n 90 peratus pemakanan anjing laut Banks Peninsula terdiri daripada ikan ‘lantern fish’ tidak dicari-cari dalam perikanan.”

Pada 2011, seorang remaja di South Island dipenjara selama dua tahun selepas dia mengaku memukul 25 anjing laut sehingga mati, termasuk anak anjing laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia