Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian budak Guatelama akibat kegagalan sistematik: Penggubal undang-undang AS

-

Penggubal undang- undang Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai delegasi ke New Mexico pada Selasa untuk menyiasat kematian seorang budak perempuan berusia tujuh tahun dari Guatemala dalam tahanan Peronda Sempadan AS menyalahka­n kegagalan sistematik yang ketara.

Jakelin Caal meninggal dunia pada minggu lepas di hospital di El Paso, Texas, setelah ditangkap bersama bapanya dan orang lain yang merentasi sempadan dari Mexico pada 6 Disember lepas.

Mereka sama-sama berjalan sejauh 3,000 kilometer dari bandar asal mereka di Raxruha, Guatemala.

“Kita mengetahui pada hari ini bahawa terdapat beberapa kegagalan sistematik yang sangat meresahkan dalam cara keadaan budak perempuan itu ditangani,” kata Joaquin Castro, seorang ahli Kongres Texas dan pengerusi baharu Kaukus Hispanik, kepada pemberita di sempadan pada Selasa di Lordsburg, New Mexico.

Penggubal undang-undang melawat sebuah kemudahan Peronda Sempadan selepas Caal meninggal dunia pada minggu lepas akibat “penyahhidr­atan dan kejutan”, media tempatan melaporkan, sambil memetik Perlindung­an Sempadan dan Kastam AS (CBP).

“Isu ini bermula apabila CBP melanggar undang-undang dan tidak memaklumka­n Kongres dalam tempoh 24 jam bahawa Jakelin telah mati dalam tahanan mereka,” kata Castro.

“Dalam perjalanan bas sejauh 94 batu di mana dia mula menunjukka­n simptom ke- gagalan badan dan perubatan yang serius, tidak ada orang di dalam bas yang dapat memberi sebarang bantuan perubatan kepadanya,” ujarnya.

Caal dilaporkan tidak makan atau minum air selama beberapa hari, kata CBP kepada akhbar The Washington Post, yang melaporkan dia mula mengalami serangan kesakitan lebih lapan jam selepas ditahan.

Petugas kecemasan mengukur suhu badan budak itu pada 41 darjah Celsius, kata Post. Dia meninggal dunia selepas diterbangk­an ke hospital.

Presiden Donald Trump telah menjadikan dasar imigresen yang keras sebaga tumpuan utama pentadbira­nnya, yang mengundang kecaman daripada pengkritik yang menuduhnya memburukka­n pendatang untuk keuntungan politik.

Tumpuan telah diberikan kepada karavan ribuan warga Amerika Tengah yang telah melakukan perjalanan ke Tijuana, Mexico, ke selatan San Diego, California untuk mencabar Trump, yang mengkritik mereka sebaga menimbulka­n “serangan”.

Namun pendatang yang lari daripada kemiskinan dan keganasan samseng juga masih merentasi sempadan di New Mexico, Texas dan Arizona selepas melakukan perjalanan yang berbahaya menerus Mexico.

 ?? — Gambar Reuters ?? MANGSA KEGAGALAN SISTEMATIK: Domingo Caal menunjukka­n telefon bimbitnya dengan gambar cucunya Jakelin di luar rumah anaknya di Raxruha, Guatemala pada 15 Disember.
— Gambar Reuters MANGSA KEGAGALAN SISTEMATIK: Domingo Caal menunjukka­n telefon bimbitnya dengan gambar cucunya Jakelin di luar rumah anaknya di Raxruha, Guatemala pada 15 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia