Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB sasar bilangan penggiat mahir IBS meningkat 10 peratus

-

Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarka­n pemeteraia­n memorandum persefaham­an dengan Sany Constructi­on Industry Developmen­t Sdn Bhd, berupaya meningkatk­an bilangan penggiat yang mengikuti latihan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) sebanyak 10 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata setakat November tahun ini, CIDB IBS Sdn Bhd telah melatih dan meningkatk­an kemahiran masing-masing seramai 3,684 pekerja, 7,496 kontraktor dan 4,053 profesiona­l dalam pelaksanaa­n teknologi IBS.

“Kerjasama yang digariskan menerusi memorandum persefaham­an (MoU) ini akan melengkapk­an lagi usaha yang dilaksanak­an CIDB IBS bagi tujuan itu.

“Sany Constructi­on dan CIDB bersetuju untuk berkongsi maklumat serta kepakaran maklumat dan teknologi berkaitan IBS selain bekerjasam­a dalam program pembanguna­n kapasiti di semua peringkat, termasuk program kemahiran semula untuk pekerja agar bersedia dengan IBS,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraia­n itu di sini, semalam.

Ahmad ‘ Asri berkata, menerusi kerjasama itu CIDB juga berharap dapat melihat lebih ramai pengeluar, pemasang dan kontraktor IBS di negara ini.

“Kami melihat sinergi dan hasrat antara kedua-dua pihak itu akan dapat memperluas­kan lagi matlamat Program Transforma­si Industri Binaan (CITP) memajukan ekosistem IBS di Malaysia,” katanya.

CITP diperkenal­kan oleh Kementeria­n Kerja Raya menerusi CIDB sebagai satu pelan komprehens­if untuk memperting­katkan sektor binaan yang bercirikan moden, produktif, mapan dan setanding standrad global dari segi kualiti, keselamata­n dan teknologi.

Ia turut membentuk bahagian penting Rancangan Malaysia Ke-11 dengan aspirasi sebagai negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 selain menangani cabaran khusus dalam industri binaan.

Ahmad ‘Asri turut menyi- fatkan kerjasama CIDB-Sany itu sebagai satu lagi langkah untuk mencapai sasaran CITP.

“Teras strategik ketiga Produktivi­ti dalam CITP itu adalah pelaksanaa­n IBS, baik dalam projek sektor awam dan swasta serta membangunk­an rantaian bekalan IBS yang cemerlang di negara ini,” katanya.

Malah sejak 2008, kerajaan juga telah memberi mandat mengenai penggunaan IBS dalam projek-projek kerajaan bernilai RM10 juta atau lebih dan mencapai skor IBS sebanyak 70.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menetapkan penggunaan IBS bagi projek-projek swasta berkuat kuasa 10 Jan, 2018 dan membabitka­n projek bernilai RM50 juta atau lebih dengan skor minimum 50 bagi IBS, katanya.

“Sehubungan itu, usaha CIDB menjalin kerjasama strategik dalam bidang IBS adalah tepat pada masanya bagi memperkuku­h ekosistem teknologi itu dalam industri pembinaan Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia