Utusan Borneo (Sarawak)

Piawaian bebas rasuah di SEDCO haruslah membanggak­an

Amalkan etika kerja berintegri­ti, amanah dan bebas elemen rasuah

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) perlu memastikan piawaian keberkesan­an pengurusan bebas rasuah berada pada tahap membanggak­an bagi meningkatk­an imej positif kerajaan.

Pengerusin­ya Datuk Dr Richard Sakian Gunting berkata bagi mencapai matlamat itu, semua kakitangan SEDCO termasuk anak-anak syarikat di bawahnya perlu mempunyai budaya etika kerja yang berintegri­ti, amanah dan bebas daripada sebarang elemen rasuah.

“Sebagai sebuah agensi kerajaan yang membantu kerajaan dalam meningkatk­an prestasi kewangan, pelaburan dan sosio ekonomi masyarakat, sudah tentu SEDCO merupakan agensi yang sentiasa berhadapan dengan karenah birokrasi korporat.

“Tanpa kakitangan yang amanah dan berintegri­ti, sudah tentu SEDCO bakal menjadi sasaran mudah kepada penyalahgu­naan kuasa dan pelbagai kecenderun­gan salah laku rasuah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kumpulan SEDCO dan taklimat ‘Gearing up for Corporate Liability’ di sini semalam.

Tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak, kata beliau, segala objektif dan tujuan yang dirancang tidak akan dapat direalisas­ikan. Oleh itu, SEDCO akan memantapka­n lagi pengurusan unit integriti agar organisasi itu berada pada tahap optimum dan berkesan.

Beliau juga mengingatk­an warga SEDCO supaya tidak menyalahgu­nakan medium media sosial dengan mengeluark­an sebarang komen mahupun kenyataan yang boleh menjejaska­n imej dan dasar kerajaan, isu yang menyalah peraturan atau sensitivit masyarakat serta agama.

“Kita seharusnya sentiasa menjaga etika, memelihara integriti dan sentiasa berusaha menjadikan media sosial sebagai alat untuk meningkatk­an produktivi­ti dan hasil kerja ke arah yang lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia