Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan peniaga makanan dan minuman alu-alukan penerangan pengharama­n rokok

-

Persatuan peniagapen­iaga makanan dan minuman daerah ini mengalu-alukan penerangan yang diberikan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengenai penguatkua­saan larangan merokok di premis minum dan makan, di mana para peniaga tidak akan dikenakan saman sekiranya menepati dua kriteria.

Pengerusi persatuan Chau Oi Keong berkata mereka amat gembira bila pihak kerajaan memberikan mereka jalan tanpa perlu berdepan pelanggan yang merokok di premis mereka dengan menunjukka­n papan tanda ‘ Tidak Boleh Merokok’ pada ukuran 40cm x 50cm dan tidak meletakkan tempat abu rokok di meja perniagaan mereka.

“Kami amat gembira dengan penerangan ini kerana sebelum ini saya pernah berkata bahawa kami tidak mempunyai hak untuk menegah pelanggan yang merokok di premis kami untuk berhenti merokok,” katanya selepas menerima maklum balas daripada ahlinya yang hadir pada sesi berkenaan selama dua jam di pejabat kementeria­n itu.

Pegawai Kesihatan Persekitar­an Daerah Haji Rahman Sampe berkata para peniaga tidak akan dikenakan saman sekiranya mereka memenuhi dua kriteria berkenaan.

Beliau berkata saiz papan itu merupakan saiz minimum yang dibenarkan dan para peniaga perlu memastikan agar mereka tidak meletak tempat abu rokok di mejameja mereka.

Dalam masa yang sama, beliau juga berkata pelanggan boleh merokok sekiranya mereka berada lebih tiga meter dari meja terdekat.

Dalam taklimat itu yang dikendalik­an oleh Penolong Pegawai Jabatan Trisha Pang Siau Vui, beliau berkata kaji selidik yang mereka jalankan sebelum penguatkua­saan menunjukka­n maklumat yang amat menarik.

“Kementeria­n telah membuat kaji selidik secara online melalui Biro Pengaduan Awam di mana 430 orang awam dan 350 pemilik premis perniagaan mengambil bahagian,” katanya.

Katanya kaji selidik itu dibuat bermula Julai 30 sehingga Ogos 15 2017 yang melibatkan 227 lelaki dan 203 wanita yang mana, 25 peratus adalah perokok, 9 peratus bekas perokok dan 66 peratus tidak merokok.

Trisha berkata kaji selidik itu menyediaka­n empat soalan utama di mana 92 peratus bersetuju asap rokok menggangu 95 peratus bersetuju merokok membahayak­an kesihatan 86 peratus bersetuju bahawa merokok perlu diharamkan dalam premis makan dan minum manakala, 79 peratus bersetuju dengan penguatkua­saan untuk mengharamk­an merokok dalam premis sedemikian.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Christina (tujuh kanan) menerima cenderahat­i daripada Michael.
KUNJUNGAN: Christina (tujuh kanan) menerima cenderahat­i daripada Michael.
 ??  ?? JELAS: Rahman (bertali leher) bersama kakitangan dan ahli persatuan peniaga-peniaga makanan dan minuman.
JELAS: Rahman (bertali leher) bersama kakitangan dan ahli persatuan peniaga-peniaga makanan dan minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia