Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan akan dibuat dalam masa terdekat: Christina

-

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew akan membuat kenyataan dalam masa terdekat berhubung tindakan 12 cawangan Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sabah menyuaraka­n rasa tidak berpuas hati atas lantikan semula beliau sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Beliau berkata, adalah melucukan apabila hanya satu pihak yang bersuara mengenai perkara itu.

“Saya tidak pernah memberikan maklum balas mengenai perkara itu sejak isu bermula sehinggala­h kini.

“Saya tidak respons kerana saya tahu berapa banyak yang menyokong sehinggala­h saya dilantik semula,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di sini pada Selasa.

Christina berkata, dirinya tidak akan memberikan maklum balas kepada berita yang tidak benar dan hanya khabar angin.

Berdasarka­n prinsip itu, beliau mengambil tindakan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan balas kerana percaya perkara sebenar akan diketahui pada akhirnya.

“Tidak dinafikan memang wujud sebilangan individu yang tidak berpuas hati... mungkin dalam masa terdekat saya akan membuat kenyataan, tetapi bukan sekarang...saya akan tunggu masa yang sesuai.

“Kebenaran akan diketahui juga nanti...tidak kisahlah mereka kata ada sokongan daripada 16 cawangan atau apa-apa sahaja.

“Saya tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka tetapi setakat ini kita dapat melihat hanya seorang sahaja bercakap...oleh itu tidak kisahlah, teruskan sahaja....saya percaya dalam demokrasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia