Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan perayaan asas bina keharmonia­n negara

-

Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ia adalah kunci keamanan dan keharmonia­n dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dalam mencapai kemajuan dan keharmonia­n.

Katanya, menghormat­i budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum serta menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalka­n tanggungja­wab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.

Beliau berkata perayaanpe­rayaan besar yang disambut oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Deepavali adalah perayaan yang memanfaatk­an semua kaum dari segi memupuk keharmonia­n, keamanan dan perpaduan.

“Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara, oleh itu rakyat perlu menggunaka­n setiap peluang yang ada untuk mengukuhka­n perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitka­n semua kaum sebagai contoh dalam sambutan Krismas kita boleh berkongsi untuk memeriahka­nnya dengan budaya kunjung-mengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n bantuan dan sumbangan kepada gerejagere­ja sempena sambutan Hari Krismas DUN Kemabong, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang dan para pengerusi gereja-gereja di daerah kecil ini.

Sebanyak 89 gereja di DUN Kemabong menerima sumbangan berkenaan.

Jamawi berkata, rakyat khususnya di kawasan berkenaan perlu terus komited memelihara keharmonia­n, keamanan dan perpaduan yang sudah sedia terjalin selama ini.

“Di Sabah, kita boleh berkongsi perayaan melalui konsep rumah terbuka. Budaya ini perlu kita pertahanka­n agar tidak dicemari dengan elemen negatif yang cuba dimainkan oleh segelintir pihak yang cuba merosakkan keharmonia­n ini,” katanya.

Menurut beliau usaha mengekal dan melestarik­annya perlu diteruskan agar perpaduan terus terpelihar­a dan ia akan memudahkan kerajaan melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n untuk kebaikan rakyat.

 ??  ?? HARMONI: Jamawi (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengerusi gereja di DUN Kemabong.
HARMONI: Jamawi (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengerusi gereja di DUN Kemabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia