Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan rakyat keutamaan k’jaan

Setelah keluar BN dan menubuhkan GPS, kerajaan amat fokus kepada pelaksanaa­n pembanguna­n kemudahan asas: Naroden

-

Oleh itu, GPS tiada pilihan lain selain berdikari dari segi menjana kewangan sendiri untuk menyediaka­n sebahagian, baik dari segi peruntukan bantuan yang telah dihentikan atau untuk projek pembanguna­n yang telah ditangguh tersebut.”

Datuk Mohd Naroden Majais

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan

GEDONG: Meskipun Sarawak negeri pembangkan­g di peringkat persekutua­n, kemudahan asas untuk rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan Sarawak.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata, setelah keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak ( GPS), kerajaan Sarawak fokus kepada pembanguna­n kemudahan asas rakyat.

“Semua orang sudah maklum bahawa banyak peruntukan kerajaan persekutua­n yang sebelum ini diterima rakyat seperti elaun ketua kaum, bantuan ibu tunggal, bantuan nelayan dan pertanian, rumah dan lain-lain lagi telah ditarik balik dan bahkan beberapa projek untuk rakyat juga ditangguh oleh kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu, GPS tiada pilihan lain selain berdikari dari segi menjana kewangan sendiri untuk menyediaka­n sebahagian, baik dari segi peruntukan bantuan yang telah dihentikan atau untuk projek pembanguna­n yang telah ditangguh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menyambut Tahun Baharu 2019 Peringkat Ulu Gedong di Sibau Rumbau, Gedong baru-baru ini.

Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Gedong berkata, menyedari perkara ini dan memastikan momentum pembanguna­n Sarawak tidak terhenti, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggumumk­an Belanjawan Sarawak 2019 yang berjumlah hampir RM11 bilion, yang terbesar setakat ini dalam sejarah Sarawak.

Tambahnya lagi, GPS juga mengambil iktibar untuk memperkasa­kan perpaduan agar rakyat Sarawak dapat bersama-sama memperjuan­gkan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini penting agar kita dapat berusaha bersama-sama mempertaha­nkan hak-hak Sarawak yang telah terhakis sebelum ini,” tegasnya.

Selain itu, Menteri Muda E-Dagang itu memberitah­u bahawa seramai 875 penduduk dari lima kampung di Gedong akan menikmati bekalan air apabila terbinanya empangan air di kawasan Gunung Keniong kelak.

Jelasnya antara kampung itu, Kampung Keniong Baru, Keniong Lama, Keniong Jaya, Keniong Semerlap dan Kampung Tebun di Gedong bagi mengatasi permasalah­an air di kawasan berkenaan.

Naroden berkata projek empangan air kecil itu akan dibina di Gunung Keniong bagi membekal air kepada penduduk setempat secara tarikan graviti (gravity feed).

“Kos pembinaan tersebut dianggarka­n sebanyak RM120,000 dan ia memakan masa selama lebih kurang dua bulan untuk disiapkan dan ia akan diberi kepada penduduk secara percuma.

“Projek perintis seumpama ini telah dilaksanak­an di Kampung Gayau Padok di Gedong pada awal 2018 dan setakat ini ia dapat membekalka­n air secara percuma kepada 30 rumah di kampung berkenaan,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSIM BUAH: Naroden duduk semeja dengan penduduk kampung untuk menikmati buah-buahan tempatan yang dihidangka­n.
MUSIM BUAH: Naroden duduk semeja dengan penduduk kampung untuk menikmati buah-buahan tempatan yang dihidangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia