Utusan Borneo (Sarawak)

Empat rumah hangus, 17 hilang tempat berteduh

Kebakaran libatkan dua rumah hangus 100 peratus manakala dua lagi musnah sekitar 70 dan 80 peratus

- Oleh Michael Ubam

KAPIT: Seramai 17 penghuni empat rumah teres dua tingkat hilang tempat tinggal apabila api memusnahka­n rumah mereka di Kampung Meratai 1, Jalan Selirik dekat sini sekitar awal pagi semalam.

Ketua Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kapit PPgB Erwandy Tugor berkata, kebakaran melibatkan dua rumah yang hangus 100 peratus manakala dua lagi mengalami kemusnahan sekitar 70 dan 80 peratus.

“Pihak kami mengerahka­n lapan anggota menaiki jentera LFRT selepas menerima pan-

Pihak kami mengerahka­n lapan anggota menaiki jentera LFRT selepas

“menerima panggilan kecemasan pada jam 12.39 pagi.

PPgB Erwandy Tugor

Ketua Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kapit

ggilan kecemasan pada jam 12.39 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian kebakaran sedang berada di kemuncakny­a melibatkan empat rumah berstruktu­r separuh kekal.

Katanya, pihaknya bertindak membuat penyelamat­an dan pemadaman menggunaka­n sumber air diperolehi dari tangki jentera dan api berjaya dikawal sekitar jam 1.07 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kerja- kerja bagi memastikan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat masih dijalankan sehingga pagi ini (semalam),” kata Erwandy.

Katanya, kebakaran tersebut tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kerugian masih dalam siasatan.

Agensi lain yang terlibat termasukla­h pihak polis dan SESCo.

Manakala, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menghantar kit makanan permulaan sebagai bantuan awal kepada mangsa.

 ??  ?? MALANG: Api sedang memusnahka­n empat rumah teres dua tingkat di Kampung Meratai 1, Jalan Selirik awal pagi semalam.
MALANG: Api sedang memusnahka­n empat rumah teres dua tingkat di Kampung Meratai 1, Jalan Selirik awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia