Utusan Borneo (Sarawak)

Dua leka layan ketagihan dadah ditangkap polis

-

Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita yang sedang leka melayan ketagihan dadah dalam serbuan di sebuah perumahan di Batu Satu Jalan Kubong petang Isnin lepas.

Suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 40 tahun yang juga penganggur itu ditahan sekitar jam 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil penahanan kedua-dua suspek polis menjumpai syabu yang disembunyi­kan mereka di dalam rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas mereka, kita menemui syabu seberat 1.34 gram bernilai RM230.

“Kedua-dua suspek juga positif Methamphet­amine dan Amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadap mereka,” katanya semalam.

Menurutnya lagi, keduadua suspek yang juga mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu katanya, seorang guru mengalami kerugian RM3,100 apabila beberapa komponen dalam kereta yang ditinggalk­annya di tempat letak kereta bertingkat di bangunan Limbang Plaza dikebas pencuri Isnin lepas.

Kejadian itu disedari mangsa, 26, sebaik tiba di bandar ini jam 3.15 petang selepas bercuti sempena cuti persekolah­an lebih sebulan lalu di Sibu.

Mohd Bukhori berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaan miliknya mendapati beberapa komponen telah dilarikan pencuri.

“Antara barangan yang hilang termasuk kerusi bahagian hadapan pemandu dan penumpang, seunit radio, komponen elektronik ECU, bateri dan pelapik pintu bahagian hadapan kenderaan,” katanya.

Mohd Bukhori berkata lagi, tempat kereta di letakkan telah berubah daripada kedudukan asal dipercayai ditolak suspek agar terlindung daripada pandangan orang awam dan memudahkan­nya melarikan komponen berkenaan.

Kes akan disiasat di bawah 379A (1) Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis menemui beberapa lagi barangan disyaki curi di tanah perkuburan Islam di Jalan Pandaruan kelmarin.

Kata beliau ia melibatkan barangan seperti pembesar suara, seunit dekoder, seunit pemain cakera video digital (DVD), dekoder Astro dan pelbagai barangan elektrik lain.

Penemuan barangan itu katanya, dilakukan selepas kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan 40 tahun menunjukka­n anggota polis lokasi tersebut kelmarin selepas ditahan pada 25 Disember lepas.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Polis merampas syabu daripada kedua-dua suspek dalam serbuan itu.
BAHAN BUKTI: Polis merampas syabu daripada kedua-dua suspek dalam serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia