Utusan Borneo (Sarawak)

22 sekolah mubaligh perlu diesel hingga Disember 2019

Kerajaan persekutua­n menyediaka­n sekolah luar bandar itu dengan bekalan diesel sehingga Mac tahun ini

-

Jika pada Mac tidak ada maklum balas, kerajaan negeri perlu campur tangan. Kita tidak boleh membiarkan pelajar dan guru menghadapi situasi ini sehingga

terganggu.” menyebabka­n kelas

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Kira-kira 22 sekolah mubaligh di luar bandar memerlukan bekalan diesel dari April hingga Disember tahun ini untuk keperluan set jana kuasa (generator) mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau dimaklumka­n tentang situasi itu dalam pertemuan dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri di sini.

Pada masa ini katanya, kerajaan persekutua­n menyediaka­n sekolah terbabit dengan bekalan diesel sehingga Mac.

Menurut Uggah, beliau telah memaklumka­n Jabatan Pendidikan Negeri agar menulis surat kepada Kementeria­n Pendidikan untuk memohon agar bekalan itu diteruskan sehingga akhir tahun ini.

“Jika pada Mac tidak ada maklum balas, kerajaan negeri perlu campur tangan. Kita tidak boleh membiarkan pela- jar dan guru menghadapi situasi ini sehingga menyebabka­n kelas terganggu.

“Kita perlu mencari penyelesai­an untuk membantu sekolah tersebut sebelum akhir bulan Mac,” ujarnya di sini, semalam.

Uggah mempengeru­sikan mesyuarat itu kerana beliau juga bertanggun­gjawab terhadap Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang menjaga kepentinga­n serta menyelesai­kan masalah dihadapi agama lain selain Islam di Sarawak.

Beliau berharap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dapat membantu menghubung­kan 17 daripada sekolah itu untuk grid negeri ini sebelum Mac memandangk­an ia mem- punyai dana untuk tujuan tersebut.

“Kita masih mempunyai lima lagi sekolah untuk dibantu,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Neger Datu Jaul Samion, Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Janggu, wakil Sarawak Energy Bhd, wakil Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dan wakil agama Kristian yang mentadbir sekolah terbabit.

 ??  ?? CARI PENYELESAI­AN: Uggah mempengeru­sikan mesyuarat dalam pertemuan dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching, semalam.
CARI PENYELESAI­AN: Uggah mempengeru­sikan mesyuarat dalam pertemuan dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia