Utusan Borneo (Sarawak)

Tinggalkan BN langkah betul empat parti Sarawak

Ia lembaran baharu bagi GPS kerana dapat tonjol potensi berkhidmat kepada Sarawak tanpa dikongkong KL

-

KUCHING: Langkah meninggalk­an Barisan Nasional ( BN) sememangny­a perkara yang betul bagi empat parti yang berasal dari Sarawak (kini dikenali sebagai GPS).

Keputusan itu menandakan lembaran baharu bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Sarawak serta rakyatnya kerana GPS dapat menonjolka­n potensi terbaik untuk berkhidmat kepada negeri ini tanpa perlu dikongkong oleh Kuala Lumpur.

Empat parti berasal di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) kemudian membentuk GPS.

Setakat ini, bekas parti yang mesra BN-Parti Rakyat Bersatu (UPP) nampaknya tetap mesra dengan GPS.

Ketua Penerangan PBB Datuk Idris Buang berkata, adalah baik untuk membe- baskan diri daripada ‘belenggu’ yang mengehadka­n hak, kuasa dan sumber Sarawak bagi membiarkan potensi terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang sepatutnya.

Katanya, ‘belenggu’ tersebut adalah perkara yang tidak disedari majoriti penduduk Sarawak sehingga akhir-akhir ini apabila isu dan kontrovers­i yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) muncul ketika Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (atau Tok Nan) menjadi Ketua Menteri.

“Kita dapat melihat ‘belenggu’ tetapi Pakatan Harapan Sarawak (pembangkan­g negeri) yang dalam keseronoka­n berada di kerajaan baharu (di peringkat persekutua­n) tidak akan dapat melihat perkara itu sehingga suatu hari nanti.

“Dalam BN, kita dikawal oleh UMNO, MCA dan MIC. Kita ditawan dengan pelbagai cara kerana kita bergantung kepada mereka dalam banyak perkara termasuk perlin-

Kita dapat melihat ‘belenggu’ tetapi Pakatan Harapan Sarawak (pembangkan­g negeri) yang dalam keseronoka­n berada di kerajaan baharu (di peringkat persekutua­n) tidak akan dapat melihat

” perkara itu sehingga suatu hari nanti.

dungan keselamata­n terhadap konfrontas­i keganasan komunis Indonesia selama bertahun-tahun.

“Para pemimpin kita bersyukur atas apa yang mereka lakukan. Saya percaya mereka kehilangan kuasa menawar apabila bantuan kewangan dan pembanguna­n telah diputuskan ketika ekonomi negara menjadi keutamaan berbanding negeri ketika itu.

“Mereka juga mungkin dibebani perbelanja­an modal yang begitu besar untuk memulakan perniagaan minyak dan gas (O&G) Petronas selain kurang keyakinan dan imaginasi tentang bagaimana O&G dapat menjadi penentu dalam membentuk Order Dunia Baharu dan permainan kuasa dalam kalangan pemain dunia selepas perang dingin.

“Tiada pemimpin kita di seluruh negara pada awalnya dapat membayangk­an sejauh mana O&G Sarawak boleh menjadi begitu besar seperti yang kita ketahui sekarang,” kata Idris di sini, kelmarin.

Idris mengimbau bahawa pemimpin negeri terus dikuasai dengan lembut kerana struktur BN sendiri mengandung­i peraturan dalaman yang tidak bertulis iaitu ‘Jangan mempersoal­kan PM anda’ di mana Perdana Menteri sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat amnya menikmati kepimpinan tanpa campur tangan selama 22 tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat.

“Jadi, apa juga kesalahan yang dilakukan BN tidak perlu disokong atau dipersetuj­ui oleh PBB atau mana-mana parti-parti Sarawak. Untuk mengatakan ‘jangan ulangi kesilapan BN’ adalah sesuatu yang tidak lagi betul untuk disebut kerana GPS sekarang bebas daripada semua jenis kawalan dari Malaya,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman lalu, sama ada baik atau buruk pemimpin negeri telah bertindak cemerlang untuk membawa pembanguna­n yang amat diperlukan pada skala yang wajar dipuji walaupun dikuasai secara tidak langsung.

“Apa yang kita mahu untuk GPS adalah untuk menunjukka­n dedikasi kita berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan, semangat, ketekunan dan akauntabil­iti.

“Dengan pendapatan baharu yang diperoleh daripada cukai jualan produk petroleum kita, meningkatk­an royalti, berkongsi dalam PITA, mungkin pengekalan duti setem sendiri daripada urus niaga tanah dan banyak lagi, kerajaan negeri GPS dapat melaksana lebih banyak projek berpaksika­n rakyat (termasuk di luar bandar).

“Ia dengan perancanga­n yang baik menerusi aspiras rakyat, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan peluang perniagaan (terutama dalam O&G sendiri apabila kita mengambil kawalan penuh sebagai pengawal mutlak) serta membawa pembanguna­n luar bandar yang sangat besar,” katanya.

Idris berkata, apa yang rakyat Sarawak perlu lakukan sekarang adalah terus bersama Ketua Menteri Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg dan kepimpinan GPS.

Ini adalah supaya pemimpin GPS dapat membawa rakyat lebih dekat dalam semangat perpaduan berbilang kaum yang ada, antara yang terbaik ujar beliau.

Datuk Idris Buang Ketua Penerangan PBB

 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia