Utusan Borneo (Sarawak)

Enam projek infrastruk­tur rakyat bernilai RM37 juta dilaksana di Tamin

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, enam projek infrastruk­tur rakyat berjumlah RM37 juta akan mula dilaksanak­an di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut pada tahun ini.

Gira berkata, projek-projek tersebut meliputi kerja menaik taraf Jalan Pasai Siong yang menelan kos RM17 juta, pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau (RM8 juta), Selangau Waterfront (RM5 juta) dan Bangunan Pejabat Daerah (RM5 juta) dan menaik taraf Jalan Kemena Sungai Bawang (RM2 juta).

Ujar beliau, projek menaik taraf Jalan Pasai Siong, Jalan Kemena Sungai Bawang dan pembinaan Pejabat Daerah Selangau yang baharu sudah selesai ditender dan dilaksanak­an pada awal tahun ini manakala pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau dan Water Front Selangau dijadualka­n bermula pada pertengaha­n tahun ini.

“Pembinaan Dewan Serba Guna SK Tong Ah, Selangau dengan kos RM500,000 yang diluluskan kerajaan negeri tahun lalu kini dalam proses pembinaan.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan projek bagi memacu lebih banyak aktiviti pembanguna­n di Selangau,” katanya semasa dihubungi.

Gira turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat terdahulu kerana meluluskan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Selangau yang menelan belanja RM5 juta dan kini dalam pembinaan.

Selain itu, beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada bekas ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh kerana menyumbang tanah seluas tiga ekar berdekatan pasar Selangau untuk kegunaan mendirikan Dewan Serba Guna Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) Selangau.

“Sejumlah peruntukan telah diagihkan menerusi bajet Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk kegunaan meratakan tapak dewan yang kini sedang dalam proses tender,” ujarnya.

Katanya, projek pembinaan dewan tersebut dijangka dilaksanak­an pada tahun in atau selewat-lewatnya pada 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia