Utusan Borneo (Sarawak)

Lau harap 2019 lebih baik untuk semua

-

Temenggung Datuk Vincent Lau berharap tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2018 dari segi ekonomi.

Menurut Lau, rakyat sedar kerajaan baharu kini menghadapi pelbagai cabaran sejak mengambil alih pemerintah­an.

“Saya berharap kerajaan mempunyai kemampuan bagi menyelesai­kan semua masalah ini.

“Saya juga berharap dengan adanya kerajaan baharu, tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu 2019 Persatuan Foochow Sibu baru-baru ini.

Dengan kerajaan baharu, Lau mahu semua rakyat terutama kaum Cina diberi layanan yang lebih baik.

Meskipun telah mengambil alih pemerintah­an sejak enam bulan lepas, kerajaan baharu katanya masih belum mencapai apa yang dikehendak­i rakyat.

“Namun semua rakyat perlu memberi sedikit masa kepada kerajaan bagi menunaikan janji-janji mereka,” jelasnya.

Menyentuh mengenai masyarakat Foochow, Lau berkata terdapat tiga bandar Foochow di Malaysia iaitu di Yong Peng, Johor; Sitiawan, Perak dan Sibu, Sarawak.

“Saya percaya masyarakat Foochow telah memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat,” ujarnya sambil menyeru agar masyarakat Foochow terus menyumbang kepada pembanguna­n negara dan dunia.

Hadir sama pada majlis ialah Presiden Persatuan Foochow Sibu Ying Tieng Chai.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Sii (duduk, empat kanan) merakam kenangan bersama ahli Persatuan Foochow Kapit pada sambutan Tahun Baharu 2019.
RAIKAN BERSAMA: Sii (duduk, empat kanan) merakam kenangan bersama ahli Persatuan Foochow Kapit pada sambutan Tahun Baharu 2019.
 ??  ?? LEBIH MAKMUR: Lau (empat kanan) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan Tahun Baharu 2019 Persatuan Foochow Sibu.
LEBIH MAKMUR: Lau (empat kanan) bersama yang lain memotong kek sempena sambutan Tahun Baharu 2019 Persatuan Foochow Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia