Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan belia harus elak pengaruh gejala sosial, fokus kepada pelajaran

-

Golongan belia diseru agar tidak mudah terpengaru­h dengan gejala sosial sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, para belia terutama yang masih di bangku sekolah seharusnya menitikber­atkan soal pelajaran dan menghindar­i kegiatan yang tidak berfaedah yang hanya merugikan masa depan.

“Melibatkan diri dalam perkara yang tidak baik akan menjatuhka­n nama keluarga dan masyarakat. Jangan membuang masa ‘bermain’ dengan gejala sosial.

“Walaupun gejala sosial di kalangan belia hari ini di tahap yang tidak membimbang­kan, ibu bapa seharusnya mengambil sikap berjaga-jaga untuk mengelak anak-anak mereka daripada menjadi mangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Tahun Baharu 2019 bersama belia dan beliawanis di Kampung Maludam, Betong dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, para belia harus menggunaka­n peluang yang diberikan untuk menimba ilmu pengetahua­n.

“Saya percaya, para pelajar dan golongan belia kita amnya, perlu berusaha gigih dalam perjuangan memperleng­kapkan diri untuk merebut peluang-peluang yang disediakan kerajaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan memang berusaha untuk membangunk­an infrastruk­tur pendidikan di seluruh negara bagi memperting­katkan taraf pendidikan rakyat,” jelasnya.

Simoi menegaskan, negara amat memerlukan tenaga kerja berilmu serta terlatih untuk meneruskan agenda pembanguna­n dan kerajaan sedang mengatur langkah- langkah ke arah memperkasa­kan sumber manusia dengan lebih pantas.

“Oleh yang demikian, golongan belia adalah harapan untuk membangunk­an negara ini.

“Sekiranya para belia kita terlibat dengan masalah sosial, maka negara akan kekurangan tenaga kerja pada masa akan datang.

“Justeru kita berharap golongan belia tidak lalai dengan keadaan persekitar­an mereka yang semakin mencabar.”

Dalam pada itu Simoi berkata, setiap persatuan di negeri ini diseru menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, kerajaan juga sentiasa menggalakk­an setiap anggota masyarakat menyertai persatuan bagi meningkatk­an semangat kerjasama serta setia kawan.

“Penyertaan anggota masyarakat dalam persatuan di negeri ini adalah sangat penting bagi merealisas­ikan hasrat sebuah masyarakat yang bersatu padu dan aman damai,” ujarnya.

Simoi menegaskan bahawa persatuan turut memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan adat serta kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak.

“Setiap kaum di negeri ini memiliki adat resam dan budaya unik masing-masing.

“Maka itu, dengan berper- satuan, kita secara tidak langsung berpeluang memartabat­kannya ke satu peringkat lebih tinggi”, katanya.

Simoi menambah, semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran dalam kalangan pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting untuk mengekalka­n kedudukan sesebuah persatuan.

“Ciri-ciri sedemikian perlu wujud dalam setiap persatuan untuk memastikan persatuan sentiasa bergerak aktif serta mengekalka­n kerjasama,” tegas beliau.

Hadir sama pada program berkenaan ketua-ketua kaum di kawasan Maludam.

Dalam pada itu, program berkenaan turut dimeriahka­n dengan pertanding­an karaoke belia, cabutan bertuah serta sambutan ambang Tahun Baharu.

 ??  ?? TERUJA: Simoi (duduk, tengah) menyaksika­n persembaha­n menarik belia pada Sambutan Tahun Baharu di Kampung Maludam.
TERUJA: Simoi (duduk, tengah) menyaksika­n persembaha­n menarik belia pada Sambutan Tahun Baharu di Kampung Maludam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia