Utusan Borneo (Sarawak)

Tuduhan melulu salah guna kuasa malukan penduduk Long Terawan

-

MIRI: Tuduhan melulu salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana oleh sekumpulan individu kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) telah memalukan penduduk Long Terawan di Mulu, dekat sini.

ADUNMuluDa­tukGerawat Gala berkata, tindakan pihak terbabit seperti tidak yakin terhadap keupayaan SPRM dan polis dalam melakukan siasatan terperinci permasalah­an dibangkitk­an.

“Mereka cuba memberi tekanan dan mempengaru­hi hasil siasatan.

“Tindakan mereka bukan hanya memalukan masyarakat Long Terawan tetapi menghina integriti dan martabat SPRM dan polis,” tegasnya.

Gerawat yang juga timbalan speaker DUN berkata, SPRM dan polis merupakan institusi perundanga­n dan ketertiban yakni kebebasan dan integriti keduanya harus dihormati oleh semua termasuk kerajaan.

Tuduhan melulu termasuk demonstras­i atas dasar kepent- ingan peribadi tidak akan menyelesai­kan isu.

Sekumpulan individu barubaru ini telah menghantar memorandum kepada SPRM mendakwa wujudnya salah guna kuasa melibatkan urusan tanah NCR dan penyelewan­gan dana penduduk kampung di Long Terawan.

Menurut Gerawat, tindakan pihak tersebut adalah untuk mendapat perhatian umum selain bertujuan hendak memalukan ketua kaum yang didakwa menyalahgu­nakan dana kampung.

“Saya sedar akan aduan yang dibuat terhadap ketua kaum berkenaan dan siasatan ke atas aduan serta tuduhan ini sedang dijalankan polis dan SPRM,” jelas beliau.

Selain itu, Gerawat turut mempersoal­kan penubuhan Jawatankua­sa Bertindak Long Terawan.

Jawatankua­sa itu katanya, sama sekali tidak diberi mandat sebagai wakil atau suara mewakili penduduk kawasan itu.

“Bagi saya, jawatankua­sa itu diragui dan menyamar sebagai wakil masyarakat di Long Terawan.

“Saya mempunyai keraguan serius sama ada jawatankua­sa mempunyai sokongan majoriti komuniti Long Terawan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk Long Terawan bertenang dan menyerahka­n kepada Pejabat Daerah Marudi dan Pejabat Residen Miri menangani isu ketua kaum setelah pihak berkuasa selesai melakukan siasatan.

Beliau percaya pihak berkuasa akan mengendali­kan siasatan secara terperinci terhadap aduan dan tuduhan yang dilemparka­n.

“Pihak berkuasa tidak boleh bertindak berdasarka­n tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

“Kita harus yakin dengan keupayaan pihak berkaitan untuk menyelesai­kan isu ini.

“Tidak perlu untuk mengadakan demonstras­i umum,” ujarnya.

 ??  ?? GERAWAT
GERAWAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia