Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal tunai janji, ahli DAP keluar parti

82 ahli dari Kampung Haji Baki sertai SUPP, serah borang permohonan keahlian kepada Lo

-

KUCHING: Gagal menunaikan janji menjadi punca 82 ahli Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dari Kampung Haji Baki keluar daripada parti itu.

Malah, kesemua individu berkenaan bertindak menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang.

DAP hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janjinya kepada

” orang kampung.

Yuseri Suhaili Jurucakap kumpulan

Jurucakap kumpulan itu yang merupakan bekas ahli DAP dan penggerak utama program parti berkenaan di DUN Batu Kitang Yuseri Suhaili mendedahka­n, tindakan mereka keluar daripada DAP kerana hilang kepercayaa­n terhadap kepimpinan parti setelah gagal mengotakan janji yang diberikan kepada penduduk kampung.

Beliau menjelaska­n, DAP terutama Pembantu Khas Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan­nya, menjadi punca ramai ahli DAP daripada kalangan orang Melayu bertindak keluar parti.

“DAP hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janjinya kepada orang kampung.

“Memang dia (Aziz) pandai bercakap bertemu dengan masyarakat dari rumah ke rumah tetapi untuk menunaikan janjinya memang payah sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n borang permohonan keahlian SUPP kepada Lo di Kampung Haji Baki di sini malam kelmarin.

Tambah Yuseri lagi, beliau banyak kali menemani Aziz pergi berkempen hampir setiap minggu dan menabur janji memberi bantuan kepada penduduk kampung namun sehingga kini, janji tinggal janji.

Lebih menyedihka­n ka- tanya, beliau yang menjadi mangsa tohmahan dan tempat untuk penduduk menagih janji.

“Sebagai contoh salah satu daripada janji Aziz kepada masjid di Kampung Haji Baki adalah akan memberi kanopi untuk mereka dan Aziz minta mereka menulis surat permohonan tetapi hingga sekarang tiada maklum balas daripada DAP mengenai perkara tersebut.

“Aziz ini hanya setahun jagung dalam DAP tapi berhasrat untuk menjadi pemimpin, namun bagaimana hendak menjadi pemimpin jika tidak pandai menunaikan janji kepada rakyat?,” soal Yuseri yang menjadi ahli DAP sejak 2010 lagi.

Ditanya mengapa memilih menyertai SUPP, beliau berkata: “Saya memilih SUPP kerana saya yakin dengan wakil rakyat di sini (Lo) dan saya berjanji akan membantu SUPP membawa lebih ramai orang untuk menyertai SUPP,” katanya.

 ??  ?? SERAH: Yuseri menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Lo sambil disaksi yang lain.
SERAH: Yuseri menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Lo sambil disaksi yang lain.
 ??  ?? JALINAN KASIH: Mohd Yunos (lima kiri) bersama pegawai-pegawai penjara lain bergambar kenangan sempena program berkenaan semalam.
JALINAN KASIH: Mohd Yunos (lima kiri) bersama pegawai-pegawai penjara lain bergambar kenangan sempena program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia