Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dan komuniti maritim diingatkan hindari kawasan pantai

-

Orang ramai dan komuniti maritim termasuk warga Maritim Malaysia diingatkan untuk menghindar­i kawasan pantai di perairan pantai Timur Semenanjun­g yang dijangka berterusan sehingga 6 Januari ini.

Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata demikian berikutan laporan amaran cuaca buruk yang dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) sejak 31 Disember lalu sehingga hari ini.

Sehubungan itu katanya, semua peringkat komuniti maritim disaran mengambil langkah-langkah sewajarnya terhadap keselamata­n bot dan kapal milik masing-masing di samping tidak menjalanka­n aktiviti-aktiviti seperti menangkap ikan, memancing, rekreasi pelanconga­n dan lain-lain.

“Sementara itu, anggota Maritim Malaysia yang berada di lapangan dikehendak­i dari semasa ke semasa memastikan aset-aset kerajaan dan bot-bot tahanan di bawah naungan masing- masing diletak di bawah pengawasan agar terhindar daripada ancaman cuaca buruk yang sedang melanda ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau berkata, amaran cuaca buruk (Jingga) yang dikeluarka­n JMM pada jam 11.45 pagi semalam melaporkan ribut tropika Pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah utara, 104.5 darjah timur dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menghampir­i Segenting Kra.

Kata Zubil, keadaan ini boleh menyebabka­n hujan lebat, angin kencang melebihi 60kms dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di perairan Kelantan Terengganu, Perlis, Kedah Pulau Pinang dan Perak.

Amaran tersebut yang berkua tkuasa sehingga 4 Januari (hari ini) ujarnya, turut menyatakan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan panta termasuk menangkap ikan perkhidmat­an feri dan aktivit pelantar minyak.

Selain itu kataya, angin kencang tersebut boleh mengakibat­kan kerosakan kepada struktur binaan yang tidak kukuh, risiko pokok tumbang bumbung terbang, limpahan air laut dan hujan berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh.

Tambahnya, aset-aset Maritim Malaysia turut diletak dalam keadaan siap siaga dan orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubung­i hotline 999 atau Maritime Rescue Coordinati­on Center (MRCC Putrajaya) di talian 03-89413140.

 ??  ?? MOHD ZUBIL
MOHD ZUBIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia