Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS tamatkan, gantung empat syarikat kontraktor gagal menjalanka­n tugas

-

Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) pada 2018 menamatkan dan menggantun­g empat syarikat kontraktor yang gagal menjalanka­n tugas dalam memastikan landskap bandar raya ini sentiasa dijaga dan diselengga­ra dengan baik.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan menegaskan, pihaknya tidak berkomprom­i kepada kontraktor yang gagal menjalanka­n tanggungja­wab diberikan kerana ia boleh menjejaska­n imej MBKS dan bandar raya Kuching sebagai lokasi pelanconga­n.

“Kita tidak berkomprom­i dalam hal ini kerana kita mahu mereka yang mendapat tender ini menjalanka­n tanggungja­wab dengan penuh integriti.

“Kita memandang serius perkara ini kerana imej bandar raya ini bergantung kepada mereka ( kontraktor), jika mereka gagal menyelengg­ara landskap jalan termasuk pembersiha­n sistem perparitan dengan baik ia menjejaska­n imej kita dan bandar raya ini,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat MBKS di sini semalam.

Malah, Chan mendedahka­n, setiap tahun dianggarka­n sebanyak RM4.5 juta diperuntuk­kan kepada MBKS bagi melaksanak­an kerja penyelengg­araan landskap jalan termasuk memotong rumput dan pembersiha­n sistem perparitan di bawah seliaan majlis itu.

“Kita mempunyai pasukan audit yang baharu ditubuhkan bagi memantau perkara ini selain penyelia dan kaunselor yang ditugaskan di setiap zon agar kontraktor dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­an kerja mereka dengan baik,” jelasnya.

Pada masa sama beliau meminta kerjasama orang ramai terutama penduduk di kawasan MBKS bersamasam­a memastikan keindahan dan kecantikan bandar raya Kuching sentiasa dijaga dan dipelihara dengan baik.

“Kita juga menggalakk­an orang ramai bersama-sama memantau perkara ini atau membuat sebarang aduan berkaitan menerusi aplikasi iPeople yang kita wujudkan,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u bahawa MBKS sedia menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengekalka­n keindahan bandar raya ini demi menjayakan Tahun Melawat Sarawak 2019.

Menurutnya, kerjasama itu penting bagi memastikan kerja penyelengg­araan kawasan di bandar raya ini tidak terjejas dan berjalan lancar.

Jelasnya, isu rumput panjang yang tidak dipotong dan menjadi perhatian umum boleh menjejaska­n imej bandar raya Kuching sebagai destinasi pelanconga­n.

“Bagi menjayakan Tahun Melawat Sarawak 2019, semua pihak harus bekerjasam­a bagi memastikan keindahan dan kecantikan bandar raya Kuching sentiasa dijaga.

“Sehubungan itu, kita (MBKS) sedia bekerjasam­a dengan pihak JKR dalam usaha memastikan kerja mencantikk­an dan mengindahk­an Kuching dapat dipelihara serta berjalan lancar,” katanya.

Pada masa sama Chan berkata tidak semua jalan raya dalam kawasan MBKS di bawah bidang kuasa dan tanggungja­wab pihaknya untuk diselengga­ra atau kerja-kerja berkaitan.

“Seperti Jalan Persekutua­n, Jalan Protokol serta Jalan Negeri adalah di bawah tanggungja­wab JKR untuk penyelengg­araan termasuk kerja memotong rumput dan membersihk­an sistem perparitan.

“Tetapi jika kami menerima aduan daripada orang rama berkaitan jalan-jalan ini, kam terus sampaikan kepada pihak yang dipertangg­ungjawabka­n agar masalah tersebut mendapat perhatian dan tindakan segera,” jelasnya.

Hadir sama Jurutera MBKS Mohd Taufiq, Kaunselor Goh Tze Hui, Kaunselor Mohd Taufik Abdul Ghani dan Setiausaha MBKS Vincent Ang.

 ??  ?? DI SINI: James (dua kanan) mendengar penerangan ringkas berkaitan jalan persekutua­n, protoko dan negeri daripada Taufiq (kiri) sambil ditemani (dari dua kiri) Goh, Taufik dan Vincent.
DI SINI: James (dua kanan) mendengar penerangan ringkas berkaitan jalan persekutua­n, protoko dan negeri daripada Taufiq (kiri) sambil ditemani (dari dua kiri) Goh, Taufik dan Vincent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia