Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli keluarga wajar galak banduan tidak ulangi kesalahan

-

Ahli keluarga bagi pesalah yang menjalani hukuman di penjara diingat menggunaka­n peluang pada program Jalinan Kasih untuk memberi nasihat berguna agar mereka tidak mengulangi kesalahan lampau.

Pengarah Penjara Pusat Miri Mohd Yunos Mohd Salleh berkata, program Jalinan Kasih ini antara aktiviti yang diharap dapat memberi kesedaran kepada pesalah.

“Saya minta keluarga yang hadir, berilah nasihat yang berguna kepada ahli keluarga yang menghuni penjara ini supaya apabila keluar nanti mereka tidak mengulangi kesalahan lama.

“Nasihat-nasihat daripada keluarga ini diharap dapat merubah sikap penghuni penjara kepada lebih baik demi masa depan dan mereka akan menjadi insan berguna kepada masyarakat, keluarga dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jalinan Kasih sempena sambutan Hari Krismas di Penjara Pusat Miri di sini semalam.

Beliau berkata menjalani hukuman di penjara bukanlah satu penghalang untuk para penghuniny­a menyambut perayaan besar.

“Objektif untuk program Jalinan Kasih ini sebenarnya untuk kita mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an.

“Selalunya kalau melawat hanya dapat jumpa di sebalik cermin dan program ini sekurang-kurangnya penghuni dapat berjumpa bersemuka dengan keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 10 penghuni penjara diberi peluang bertemu dengan keluarga masing-masing sambil menikmati pelbagai juadah makanan dihidangka­n termasuk dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh para penghuni.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri Muhammad Khalid Muhammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia