Utusan Borneo (Sarawak)

Mujan Lah teraju baharu DUBS Marudi

-

Ahli perniagaan wanita Mujan Lah dilantik sebagai pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Marudi, pada pemilihan jawatankua­sa baharu sempena mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) yang diadakan di Dewan Suarah Baram baru-baru ini.

Jawatankua­sa yang diterajui Mujan itu adalah bagi penggal 2018 hingga 2021 yang turut menyaksika­n bekas Pegawai Daerah Baram James Chass Gerok dilantik sebagai timbalan pengerusi dan naib pengerusi ialah Kaunselor Ruhane Mohammad.

Ahli jawatankua­sa terdiri daripada Senorita Joseph (setiausaha), Lily Gerasi (peno- long setiausaha), Faizal Fauzi (bendahari), Juliana Mering (ketua penerangan), Hamdan Taha, Mika Mus Agan, Abu Bakar Salleh, Annia Selalang Lawai dan Andrious Ding, Wahid Sayun, Ahmad Galau dan Jabu Lasa selaku ahli jawatankua­sa kecil.

Mesyuarat TGM tersebut yang telah dirasmikan Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan turut menyaksika­n Musa Wan dilantik sebagai juruaudit.

Sementara itu, Abang Helmi dalam ucapannya turut mengucapka­n tahniah kepada Marudi kerana berjaya mengaktifk­an DUBS.

Menurut beliau, DUBS sebuah organisasi besar yang ditubuhkan untuk membantu peniaga Bumiputera dan menaik taraf ekonomi mereka bagi memenuhi tuntutantu­ntutan dalam negeri.

Justeru beliau mengharapk­an DUBS Cawangan Marudi akan memainkan peranan untuk membantu peniaga Bumiputera.

“Bagi ahli-ahli jawatankua­sa yang baharu dipilih pula, saya menggesa anda semua supaya menggunaka­n platform yang ada untuk terus menganjurk­an aktiviti bagi mengangkat taraf hidup ekonomi ahli dan masyarakat peniaga Bumiputera, sekali gus menyemai perpaduan dalam kalangan ahli dengan kaum-kaum lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia