Utusan Borneo (Sarawak)

Penetapan lokasi khas untuk merokok disambut baik

Ia dapat elak daripada pembuangan puntung rokok secara merata oleh perokok tidak bertanggun­gjawab

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Warga kota menyambut baik langkah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menetapkan tiga lokasi khas merokok di sekitar Tebingan Kuching di sini.

Tebingan Kuching yang merupakan di bawah pentadbira­n DBKU telah ditetapkan sebagai zon larangan merokok bagi menggalakk­an masyarakat menyokong budaya antimeroko­k.

Bagaimanap­un mereka yang merokok masih lagi boleh merokok tetapi hanya di lokasi khas yang telah ditetapkan DBKU.

Tiga lokasi khas merokok ini masing- masing di kawasan letak kereta Masjid Terapung, kawasan letak kereta bersebelah­an Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching dan kawasan letak kereta Hornbill Fountain.

Dalam pada itu Safani Hasbi yang ditemui di Tebingan Kuching menyambut baik langkah DBKU menetapkan lokasi khas merokok itu.

Katanya, langkah itu dapat mengelak daripada pembuangan puntung rokok secara merata di sekitar Tebingan Kuching oleh perokok yang tidak bertanggun­gjawab.

“Saya sendiri sebagai perokok menyambut baik langkah ini supaya masyarakat kita tidak membuang puntung rokok merata-rata.

“Keduanya, Tebingan Kuching ini merupakan kawasan awam serta tumpuan ramai dan mungkin ada kalangan pengunjung yang tidak selesa dengan bau serta asap rokok.

“Jadi ada baiknya Tebingan Kuching ditetapkan sebagai zon larangan merokok dan bagi mereka yang mahu merokok,

Saya sendiri sebagai perokok menyambut baik langkah ini supaya masyarakat kita tidak membuang puntung rokok merata-rata.

Safani Hasbi Perokok

merokoklah di lokasi khas yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Zulkepli Kontil berpendapa­t bahawa sebaiknya lebih banyak lagi kawasan awam dan tamantaman awam ditetapkan sebagai zon larangan merokok dan bukan sahaja di Tebingan Kuching.

“Tiga lokasi khas merokok yang disediakan di Tebingan Kuching ini bukan untuk menggalakk­an masyarakat untuk merokok.

“Tetapi ia bertujuan mendidik masyarakat terutama perokok supaya merokok dengan lebih b e r t a n g g u n g j a w a b dan menyemai budaya antimeroko­k dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, lokasi khas merokok ini telah dirasmikan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada Isnin lepas.

Inisiatif ini adalah susulan daripada langkah DBKU menguatkua­sakan zon bebas asap rokok di premis makanan dalam kawasan DBKU pada 1 Januari 2017.

 ??  ?? TERATUR: Safani (kiri) dan Zulkepli merokok secara berhemah di salah satu lokasi khas yang ditetap kan DBKU di Tebingan Kuching.
TERATUR: Safani (kiri) dan Zulkepli merokok secara berhemah di salah satu lokasi khas yang ditetap kan DBKU di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia