Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS amat hargai kerjasama padu Distrepark

-

Tiga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang bertanggun­gjawab untuk zon Sibu Jaya iaitu Kaunselor Kong Yii Tee, Kaunselor Halimah Japar dan Kaunselor Matthew Chuat menghargai sokongan dan kerjasama erat yang diberikan kepada mereka oleh Distrepark Sdn Bhd, pemaju utama bandar tersebut.

Bercakap pada majlis perhimpuna­n Krismas yang diadakan di galeri Distrepark Sdn Bhd di Sibu Jaya barubaru ini, Kong berkata pemaju tersebut telah memainkan peranannya dengan baik dalam mewujudkan Sibu Jaya sebagai perbandara­n yang meriah dan dirancang dengan baik.

“Rakan saya dan saya sedar hakikat bahawa pemaju tidak perlu melakukan banyak perkara yang mereka lakukan selepas menyerahka­n projekproj­ek yang telah siap kepada MDLBS.

“Namun mereka terus membantu dari segi landskap hingga kepada penyelengg­araan dan menganjurk­an acara yang menyeronok­kan sebagai jambatan antara komuniti perniagaan di Sibu Jaya dengan MDLBS,” katanya.

Program petang itu jelasnya, merupakan satu lagi petunjuk semangat penduduk yang menyokong aktiviti dan usaha pemaju lebih-lebih lagi bersama tiga kaunselor dari zon Sibu Jaya untuk menjadi tuan rumah acara di galeri jualan mereka, tambahnya.

Kong berharap hubungan itu akan diteruskan sebagai tunjang kepada keberkesan­an peranan MDLBS pada 2019.

“Oleh kerana Sibu Jaya terus berkembang lebih pesat dan kawasan perniagaan­nya menjadi lebih besar, terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk semua pihak, penduduk, komuniti perniagaan, pemaju dan MDLBS terus bekerja lebih rapat lagi,” tegasnya.

Sibu Jaya yang berkembang pesat dengan lebih 6,000 rumah dan lebih 30,000 populasi memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjadi model bandar contoh kepada negeri ini.

“Berfikir panjang dan jangan mengubahny­a sendiri tanpa adanya kerjasama sebegini.

“Masyarakat Sibu Jaya sendiri boleh naik ke pejabat MDLBS bagi memberi pandangan mereka dalam kita bersama-samamemban­gunkan lagi tempat ini dengan lebih pesat dan moden,” tegasnya.

Sementara itu Kong memberitah­u, penduduk Sibu Jaya perlu faham bahawa dengan perubahan zaman amalan masa lampau seperti memelihara banyak ayam, bercucuk tanam di tepi jalan dan memelihara anjing tanpa had haruslah dibendung.

“Kami tidak mahu amalan sebegini mencacatka­n Sibu Jaya jika tidak dikawal.

“MDLBS telah bekerjasam­a rapat dengan semua pihak untuk memastikan transforma­si minda yang amat diperlukan untuk merealisas­ikan impian semua,” ujarnya.

Transforma­si fizikal bandar Sibu Jaya itu sangat jelas, daripada jalan raya yang dibarisi pokok hinggalah ke kawasan komersialn­ya dalam usaha mengindahk­an landskap bandar tersebut.

“Sudah tiba masanya kita melihat dengan lebih dekat bagaimana kita bersama-sama mengindahk­an landskap Sibu Jaya untuk dijadikan satu lagi tarikan kepada pengunjung luar,” tambahnya.

Majlis itu menyaksika­n kehadiran pegawai-pegawai Distrepark Sdn Bhd, wakil komuniti perniagaan dan sekumpulan sukarelawa­n pelajar yang aktif menyertai perkhidmat­an sukarela masyarakat di Sibu Jaya.

 ??  ?? MAJU BERSAMA: Kong (duduk, kanan) serta yang lain ketika meraikan majlis perhimpuna­n Krismas dengan warga Sibu Jaya, baru-baru ini.
MAJU BERSAMA: Kong (duduk, kanan) serta yang lain ketika meraikan majlis perhimpuna­n Krismas dengan warga Sibu Jaya, baru-baru ini.
 ??  ?? JAMU SELERA: Para mahasiswa UM dari Sarawak menikmat hidangan yang disediakan pada majlis tersebut.
JAMU SELERA: Para mahasiswa UM dari Sarawak menikmat hidangan yang disediakan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia