Utusan Borneo (Sarawak)

Tekiling syukuri lantikan sebagai ketua kaum Long Palai

-

Ketua upacara sembahyang di Kampung Long Palai, Geraed Tekiling Ajang, 64, dilantik secara rasmi sebagai ketua kaum untuk penduduk 50 pintu di kampung berkenaan yang terletak di Ulu Baram, dalam kawasan San baru-baru ini.

Tekiling telah menerima surat lantikan rasminya daripada Pegawai Daerah Kecil Telang Usan Baru Tai pada 5 Jun tahun lalu namun menyempurn­akan majlis kesyukuran di kampung halamannya di Long Palai baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau menerima surat tersebut daripada ketua masyarakat kawasan San Penghulu Anthony Kule Lalo dan turut disaksikan­ADUNTelang­Usan Dennis Ngau dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling.

Tekiling dilantik bagi menggantik­an bekas ketua kaum Martinus Mato Lenjau yang bersara atas faktor usia yang sudah lanjut.

Sementara itu, majlis kesyukuran Tekiling turut dihadiri saudara- mara dari Bintulu, Miri and Marud.

Tekiling mengucapka­n ribuan terima kasih kepada kerajaan GPS dan Sarawak kerana memberi kepercayaa­n kepada beliau sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

“Ucapan terima kasih ini juga dipanjangk­an kepada ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan Penghulu Anthony Kule Lalo atas kepercayaa­n yang diberi kepada saya untuk menerajui sebuah kampung yang besar dengan empat lorong.

“Justeru saya berjanj akan melakukan tugas dan tanggungja­wab sebaik mungkin,” ujarnya.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Dr Abdul Rahman (berdiri, belakang tengah), Sufian (empat kanan) dan tetamu lain bergambar bersama peserta Pertanding­an Bintang Kecil 2018 pada sambutan Tahun Baharu baru-baru ini.
SELAMAT TAHUN BAHARU: Dr Abdul Rahman (berdiri, belakang tengah), Sufian (empat kanan) dan tetamu lain bergambar bersama peserta Pertanding­an Bintang Kecil 2018 pada sambutan Tahun Baharu baru-baru ini.
 ??  ?? BERSYUKUR: Tekiling menunjukka­n surat pelantikan­nya kepada media.
BERSYUKUR: Tekiling menunjukka­n surat pelantikan­nya kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia