Utusan Borneo (Sarawak)

TM sumbang RM13,000 kepada SMK Medamit

-

Telekom Malaysia Berhad ( TM) baru-baru ini menghulurk­an sumbangan kepada salah sebuah sekolah angkatnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit, Limbang dengan bantuan wang tunai sebanyak RM13,000.

Ia bagi membantu membina semula bangunan pentadbira­n sekolah tersebut yang musnah dalam satu kebakaran barubaru ini.

Penolong Pengurus TM Miri Zulkarnain Hassim yang mewakili Pengurus Besar Negeri TM Sarawak Jafer Sadig Abdul Lathiff, menyampaik­an sumbangan tunaiituke­padaPenget­uaSMK Medamit Raja Manikam.

Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, Jafer Sadig berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat mengurangk­an beban pihak sekolah bagi membina semula bangunan pentadbira­n yang musnah selain dapat membeli barang keperluan pejabat terutama bagi menghadapi sesi persekolah­an baharu yang telah pun bermula

“TM akan terus menyokong dan membantu golongan yang memerlukan dalam apa jua cara, termasuk ke arah pembinaan negara melalui pelbagai inisiatif yang lestari.

“Tambahan pula, SMK Medamit adalah salah sebuah sekolah di bawah program sekolah angkat TM yang merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab korporat TM,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sementara itu, orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan kepada Tabung Bantuan Kebakaran SMK Medamit yang telah dilancarka­n melalui aplikasi sumbangan atas talian TM dikenali sebagai Ensani yang boleh dimuat turun di https:// download.ensani.my/.

 ??  ?? TERIMALAH: Zulkarnain (dua kanan) mewakili TM Sarawak menyampaik­an replika cek sumbangan kepada Raja Manikam (dua kiri) diiringi Penolong Pengurus, Tanggungja­wab Korporat TM Azizul Salfaizal Aziz (kiri) dan Dayang Rohani Bujang daripada TM Sarawak (kanan).
TERIMALAH: Zulkarnain (dua kanan) mewakili TM Sarawak menyampaik­an replika cek sumbangan kepada Raja Manikam (dua kiri) diiringi Penolong Pengurus, Tanggungja­wab Korporat TM Azizul Salfaizal Aziz (kiri) dan Dayang Rohani Bujang daripada TM Sarawak (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia