Utusan Borneo (Sarawak)

Khatan: 7 Januari ditetapkan untuk keputusan permohonan batal saman

-

Keputusan bagi permohonan kerajaan dan empat yang lain untuk membatalka­n saman dikemukaka­n remaja berumur 18 tahun berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga menyebabka­n kepala alat sulitnya terpotong dan mengalami kecacatan kekal, ditetapkan pada 7 Jan ini.

Peguam Eliza Bakar yang mewakili remaja itu selaku plaintif memaklumka­n kepada pemberita bahawa keputusan itu akan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Beliau berkata sekiranya permohonan untuk membatalka­n saman itu ditolak, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraa­n.

Kelima-lima defendan iaitu pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua sehingga keenam menfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu pada 7 Dis 2018.

Sementara itu, pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, selaku defendan pertama, sebelum ini pernah memfailkan permohonan sama tetapi menarik balik permohonan berkenaan.

Pada 19 Julai 2018, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 13 Dis 2010, jam 10 pagi, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantuny­a telah menjalanka­n prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahua­n defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya, yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Plaintif mendakwa semasa berkhatan, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila telah memotong keseluruha­n kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan selain mendakwa defendan pertama membuat penyambung­an semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitny­a tanpa mengikut prosedur yang betul.

Dakwa plaintif, semasa anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan juga tidak memaklumka­n kepada plainti serta anggota keluargany­a bahawa keseluruha­n kepala alat sulit itu glans penis terputus akibat prosedur berkhatan yang tidak mengikut standard sebaliknya hanya dimaklumka­n saluran kencing anaknya telah terpotong.

Plaintif mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospita Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plainti terperanja­t selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Plaintif juga mendakwa defendan keempat member jaminan bahawa glans penis berkenaan kemungkina­n akan tumbuh apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun plaintif mendakwa apabila anaknya mencapai usia 17 tahun, kepala zakarnya tidak tumbuh dan remaja berkenaan mengalami kecacatan keka di mana kemaluanny­a tidak dapat disambung semula — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia