Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak dan cederakan mangsa, pemuda kena penjara dan sebat

-

Seorang pemuda berusia 24 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun berserta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan merompak dan mendatangk­an kecederaan.

Yek Nai Lung dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Stella Augustine Druce.

Mengikut pertuduhan, Yek didakwa merompak dan mencederak­an seorang wanita berusia 28 tahun di hadapan sebuah rumah di Jalan Oya pada 18 Februari, 2018, kirakira jam 5 petang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa membuka pintu hadapan rumah, tertuduh telah datang dan bertindak meragut beg tangan mangsa yang mengandung­i kad pengenalan, kad bank, telefon bimbit, kunci kereta dan wang tunai RM1,505.

Berikutan laporan polis yang dibuat pada 19 Februari, 2018, kira-kira jam 12.05 pagi pihak polis telah menangkap tertuduh di Jalan Tan Sri serta merampas sebuah motosikal, helmet, kunci motosikal, jaket dan sepasang kasut.

Berdasarka­n siasatan, tertuduh telah datang ke rumah mangsa dan meminta wang namun mangsa enggan memberikan wang menyebabka­n tertuduh bertindak meragut beg tangannya.

Mangsa bertindak menghalang tertuduh daripada meragut beg tangannya menyebabka­n tertuduh bertindak menolak mangsa sehingga mangsa cedera.

Pada 26 September, 2018 Yek turut dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara sembilan tahun itu selepas hukuman penjara terdahulu tama tempoh.

 ??  ?? TERIMA AKIBAT: Yek dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukuman.
TERIMA AKIBAT: Yek dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia