Utusan Borneo (Sarawak)

Hina wakil rakyat DAP dalam FB, lelaki ditahan

-

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menghantar kenyataan yang berbaur penghinaan di halaman Facebookny­a terhadap empat wakil DAP.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditangkap susulan laporan dibuat salah seorang daripada pembantu wakil rakyat terbabit pada jam 4.14 petang kelmarin.

Beliau berkata, pada kirakira jam 1.30 petang Rabu lepas, wanita ( pembantu wakil rakyat terbabit) berusia 29 tahun itu sedang melayari laman Facebookny­a ketika ternampak satu petikan yang disiarkan di laman FB suspek.

“Pemilik laman FB (suspek) berharap empat YB dari DAP berkemungk­inan sudah mati menjelang tahun baharu kerana gagal menganjurk­an kempen ‘Back To School 2019’ di kawasan masing-masing,” katanya.

Stanley berkata, suspek dalam berbuat demikian mahu pengundi-pengundi mereka sedar bahawa jika betul atau tidak pilihan mereka dalam pilihan raya yang lepas kerana wakil rakyat yang berkenaan gagal memenuhi janji pilihan raya mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Lelaki itu memberitah­u sebagai empat YB yang mewakili kerajaan PH, mereka tidak sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam mendapatka­n dana untuk menganjurk­an aktiviti berfaedah untuk pengundi mereka dan juga mendakwa mereka tidak berusaha untuk memberi perkhidmat­an terbaik tetapi sebaliknya apabila men- dapat kemenangan,” tambahnya.

Lelaki terbabit yang dipercayai ahli sebuah parti politik berpangkal­an di Semenanjun­g Malaysia dalam nota FBnya juga mengingink­an empat YB berkenaan turun padang secara lebih kerap untuk bertemu dengan rakyat, katanya.

Stanley berkata, lelaki itu akan ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 223 Akta Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Barang kes iaitu telefon bimbit milik suspek untuk muat naik kenyataan berhubung kes telah dirampas dan akan dihantar ke forensik bagi ekstrak bukti dan bantuan SKMM bagi mendapatka­n butiran penuh akaun FB yang digunakan suspek,” katanya lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia