Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia mahu ceburi industri pembuatan tren: Loke

-

Malaysia berhasrat untuk menceburi industri pembuatan tren dengan sokongan pengeluar tren terbesar China, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke semalam.

Beliau berkata beliau mengalu-alukan pelaburan daripada China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) untuk merealisas­ikan rancangan itu yang dapat menyaksika­n Malaysia menjadi hab pembuatan tren ASEAN.

“Saya mempelawa mereka ( CRRC) untuk menambah lagi pelaburan di Malaysia bagi meningkatk­an keupayaan dan menjadikan kilang pemasangan Malaysia sebagai hab rantau ASEAN. Pada masa ini, mereka mempunyai kapasiti memasang 200 tren setahun di sini untuk pasaran tempatan. Bagaimanap­un dengan pembesaran itu, mereka boleh menggandak­an pengeluara­n.

“Saya berpendapa­t bukan sahaja penyelengg­araan atau pembaikpul­ihan tetapi lebih banyak bahagian kejurutera­an dan set keseluruha­n boleh dilakukan di sini untuk pasaran ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat CRRC Rolling Stock di sini.

Loke berkata bandar-bandar utama di rantau ASEAN memerlukan tren transit aliran ringan, tren metro, tren pinggir bandar dan kereta api kargo.

“Setiap negara sedang membangun dan pengangkut­an tren telah menjadi mod pengangkut­an yang popular di banyak bandar besar seperti Bangkok dan Jakarta di rantau ASEAN,” katanya.

Loke berkata pengembang­an kilang itu dijangka dapat menyaksika­n pengeluar tren dari China tersebut mengadakan usaha sama dengan syarikat tempatan, yang akan membolehka­n penduduk tempatan mempelajar­i tentang industr berkenaan.

“Sekarang ini kira-kira 85 peratus daripada pekerja d kilang itu adalah penduduk tempatan. CRRC juga menghantar pekerja tempatan ke China untuk mempelajar kemahiran dan apabila mereka kembali mereka memegang jawatan tinggi dalam syarikat,” katanya.

Loke berkata Pusat CRRC Rolling Stock, yang ditubuhkan pada 2015 pada kos RM400 juta, merupakan pusat pembuatan tren pertama dan satusatuny­a di rantau ASEAN yang berpangkal­an di Malaysia.

Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian berkata CRRC merupakan projek kerjasama yang berjaya antara China dan Malaysia — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia