Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pekerja kedai makan larang pelanggan merokok dipuji

-

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memuji tindakan seorang pekerja sebuah restoran nasi kandar di Seksyen 25, Shah Alam, dekat sini, yang cuba melaksanak­an larangan merokok di premis itu walaupun dikasari perokok dalam satu insiden pada Selasa lepas.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata masyarakat khususnya golongan perokok sepatutnya menerima larangan berkenaan secara terbuka memandangk­an ia dikuat kuasakan oleh kerajaan menerusi Peraturan 11 Per- aturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

“Saya ucapkan syabas kepada pengusaha dan pekerja premis itu kerana memahami skop pelaksanaa­n larangan merokok di tempat awam namun tindakan individu tersebut (mengasari pekerja) tidak sepatutnya berlaku.

“Ini (penguatkua­saan larangan merokok) bukan isu restoran berkenaan sematamata tapi ia adalah larangan yang dilaksanak­an oleh kerajaan. Seharusnya orang ramai menerimany­a secara terbuka,” katanya kepada pemberita selepas operas larangan merokok di sekitar Klang di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengena insiden seorang pekerja warga India di restoran itu yang ditampar pelanggan kerana tidak berpuas hati selepas ditegur supaya tidak menghisap rokok di dalam premis terbabit.

Tambah Dr Khalid, pihaknya menyerahka­n kepada polis untuk menyiasat insiden berkenaan yang disifatkan kes pertama seumpamany­a sejak peraturan tersebu dikuat kuasa pada Selasa — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia