Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu e-hailing dilarang tunggu, cari penumpang di mana-mana tempat: JPJ

-

Pemandu kenderaan e- hailing atau Grab dilarang menunggu atau mencari penumpang ketika menjalanka­n perkhidmat­an di mana-mana tempat termasukla­h di lapangan terbang, kata Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

JPJ dalam satu kenyataan semalam berkata perkara itu termaktub di bawah syaratsyar­at lesen pengendali­an e-hailing yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

Katanya pemandu e-hailing dikehendak­i mematuhi salah satu daripada syarat perkhidmat­an e- hailing iaitu pemandu hendaklah mengambil penumpang yang dilanggan melalui perkhidmat­an atas talian mudah alih atau aplikasi yang disediakan oleh syarikat pengendali.

“Mana- mana pemandu perkhidmat­an e-hailing yang gagal mematui mana- mana syarat yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 boleh dikenakan tindakan undangunda­ng di bawah peruntukan tersebut,” katanya.

JPJ berkata demikian bagi mengulas hantaran di Facebook berhubung dakwaan pemandu Grab disaman JPJ di bawah kesalahan menggunaka­n Lesen Kenderaan Moto kerana mengambil pelanggan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang pada Selasa lalu.

Bulan lalu, sekumpulan pemandu limousin melakukan tunjuk perasaan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang dengan mendakwa pemandu e-hailing menjejas periuk nasi mereka.

Dalam kenyataan yang sama, JPJ berkata Kementeria­n Pengangkut­an telah membuat pindaan undangunda­ng berkaitan pelaksanaa­n e-hailing di negara ini, yang meliputi pindaan terhadap beberapa kaedah seperti kaedah kenderaan motor (pembinaan dan penggunaan) 1959; kenderaan Perkhidmat­an Awam ( Pelesenan dan kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang 1959 dan kenderaan bermotor (pemeriksaa­n berkala, kelengkapa­n dan standard pemeriksaa­n) 1995.

Pindaan kaedah- kaedah itu sepatutnya berkuat kuasa pada 12 Julai tahun lepas, bagaimanap­un kerajaan telah bersetuju memberikan tempoh satu tahun sehingga 12 Julai tahun ini kepada kesemua pengendali perkhidmat­an e-hailing iaitu Grab untuk membuat persediaan, katanya.

Antara persediaan yang perlu dibuat pemandu e-hailing adalah untuk mendapatka­n lesen memandu kenderaan perkhidmat­an awam (PSV); lesen pengendali perkhidmat­an e-hailing; dan menjalani pemeriksaa­n kenderaan di pusat pemeriksaa­n kenderaan (PUSPAKOM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia