Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Pantai Pulau Kundur cemas dilanda ribut Pabuk

-

Penduduk di tujuh buah rumah berhampira­n persisiran pantai di sekitar Kampung Pantai Pulau Kundur, di sini cemas apabila ribut tropika Pabuk melanda perkampung itu malam kelmarin.

Salah seorang penduduk, Isa Hassan ,63, berkata, sejak lebih 60 tahun beliau menetap di sini, ini merupakan kali pertama ribut yang luar biasa pernah terjadi yang turut mencemaska­n sembilan anggota keluargany­a yang lain.

“Saya tidak pernah jumpa ribut sekuat ini, walaupun tiap kali musim tengkujuh tiba setiap tahun di negeri ini yang menyebabka­n angin dan laut bergelora, tapi kali ini ribut yang diibaratka­n bercampur dengan pusaran angin amat menakutkan saya,” katanya ditemui di sini semalam.

“Ombak dan angin yang kuat juga telah menghempas dinding bilik belakang rumah kami kira- kira jam 5 pagi semalam memandangk­an jarak rumah hanya empat meter daripada pantai,” katanya.

“Pada masa kejadian, saya dan isteri serta anak- anak hanya mampu beristighf­ar dan berserah kepada Allah agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, warga emas Nik Abdul Aziz , 63, yang tinggal hanya 10 meter dari pantai turut berasa cemas dan cuma dapat melelapkan mata hanya dua jam kerana khuatir nasib dirinya dan keluarga ekoran ribut itu.

Nik Abdul Aziz yang tinggal bersama isteri, Mariam Hassan 60, serta enam anaknya berkata, dia sentiasa berada dalam keadaan ber- jaga- jaga sehingga awal pag kerana bimbang berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Jam 3 pagi pun belum tentu lena lagi, kerana ombak dan angin yang kuat jadi terpaksa berjaga untuk memantau keadaan semasa di luar rumah,” katanya.

“Sebelum ini penduduk di kampung ada bergotongr­oyong membina guni yang berisi pasir di persisir panta sebagai usaha berjaga- jaga Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) juga telah membina tambakan batu untuk menghalang hakisan ombak kuat di sini.

“Namun, usaha itu tidak dapat menyelesai­kan masalah hakisan pantai dan kami masih sentiasa berada dalam keadaan berjaga- jaga bila menjelang musim tengkujuh,” tambahnya lagi — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia