Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut tropika Pabuk menakutkan: Mangsa

-

“Bunyi angin semalam amat menggerunk­an...terlalu kuat”.

Itu gambaran seorang suri rumah mengenai angin kencang dan hujan lebat kesan ribut tropika Pabuk yang membadai kawasan perkampung­annya di Mengabang Telipot, Batu Rakit di sini kelmarin, menyebabka­n beberapa rumah sekitar kawasan itu mengalami kerosakan.

Angin kencang yang membadai itu walaupun tidak menyebabka­n kerosakan besar, menakutkan mangsa terlibat.

Nurul Liyananazi­hah Mohamad Yahya, 29, yang tinggal di Kampung Tanjung Gelam berkata ribut yang terlalu kuat itu pertama kali dialaminya sejak 14 tahun tinggal di kawasan itu dan menyebabka­n bumbung rumahnya diterbangk­an.

“Biasalah lepas tengkujuh angin kencang tapi Ini kali pertama saya rasa terlalu takut dengan tiupan angin yang sangat dahsyat sehingga menerbangk­an atap rumah kami... angin mula bertiup kencang pada sebelah pagi dan berlarutan sehingga 10 malam kelmarin.

“Sejurus atap tercabut, air hujan menderu masuk ke dalam rumah dan membanjiri ruang bilik serta dapur menyebabka­n kami sekeluar- ga terpaksa menumpang tidur di rumah sepupu malam tadi (kelmarin),” kata ibu kepada dua anak itu.

Suaminya, Yushrey A Rashid, 44, pula berkata beberapa tahun lalu, tandas rumah mereka ‘hilang’ ditelan ombak ketika musim tengkujuh namun kali ini mereka berasa lebih selamat selepas pihak berkuasa membina benteng pemecah ombak di belakang dapur rumah itu.

“Saya ingatkan selepas benteng pemecah ombak itu siap, kami tidak lagi berdepan ancaman ombak besar, malangnya kali ini angin kencang pula menerbangk­an atap rumah tempat kami berteduh,” katanya.

Kawasan- kawasan yang terjejas dengan kejadian ribut itu ialah di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Mengabang Telipo dan kampung Batu Rakit.

Sebuah kereta rosak ditimpa pokok yang tumbang d Kuala Terengganu, dekat sini — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ROSAK: Yushrey (dua kanan) bersama adik iparnya, Mohd Nazrin (kanan) menurunkan bumbung rumah mereka yang rosak akibat ribut Tropika Pabuk yang berlaku sejak semalam di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, semalam.
— Gambar Bernama ROSAK: Yushrey (dua kanan) bersama adik iparnya, Mohd Nazrin (kanan) menurunkan bumbung rumah mereka yang rosak akibat ribut Tropika Pabuk yang berlaku sejak semalam di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia