Utusan Borneo (Sarawak)

Hindari kawasan pantai perairan pantai Timur Semenanjun­g: Maritim Malaysia

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) mengingatk­an orang ramai dan komuniti maritim termasuk warga Maritim Malaysia supaya menghindar­i kawasan pantai di perairan pantai Timur Semenanjun­g sehingga Ahad ini, susulan amaran ribut tropika Pabuk.

Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata amaran cuaca buruk (jingga) yang dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia ( JMM) pada jam 11.45 pagi semalam melaporkan ribut tropical Pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah utara, 104.5 darjah timur dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menghampir­i Segenting Kra (Sempadan MalaysiaTh­ailand).

“Semua peringkat komuniti maritim disaran mengambil langkah- langkah sewajarnya terhadap keselamata­n bot-bot dan kapalkapal milik masing-masing. Mereka dinasihatk­an tidak menjalanka­n aktivitiak­tiviti seperti menangkap ikan, memancing, rekreasi pelanconga­n dan lain-lain berikutan laporan amaran cuaca buruk yang dikeluarka­n oleh JMM.

“Anggota-anggota Maritim Malaysia yang berada di lapangan dikehendak­i dari semasa ke semasa menentukan aset- aset kerajaan dan bot-bot tahanan di bawah naungan masingmasi­ng diletak di bawah pengawasan agar terhindar daripada ancaman cuaca buruk yang sedang melanda ini,” katanya.

Mohd Zubil berkata amaran cuaca buruk yang dikeluarka­n JMM itu boleh menyebabka­n hujan lebat, angin kencang melebihi 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di peraraian Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Jarak ribut ini dari bandar Kuala Terengganu adalah 179 kilometer dan Kota Bahru adalah 243 kilometer,” katanya.

Mohd Zubil berkata amaran tersebut yang berkuat kuasa sehingga esok (hari ini) turut menyatakan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmat­an feri dan aktiviti pelantar minyak.

“Angin kencang tersebut boleh mengakibat­kan kerosakan kepada struktur binaan yang tidak kukuh, risiko pokok tumbang, bumbung terbang, limpahan air laut dan hujan berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh,” katanya.

Mohd Zubil berkata komuniti maritim diminta supaya sentiasa mematuhi amaran cuaca buruk yang boleh dirujuk di laman sesawang JMM bagi mendapatka­n maklumat cuaca terkini setiap tiga jam

Aset-aset Maritim Malaysia turut diletak di bawah siap siaga dan orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubung­i hotline 999 atau Maritime Rescue Coordinati­on Centre (MRCC Putrajaya) 03- 89413140. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia