Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja restoran ditampar tegur pelanggan jangan merokok

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

-

SHAH ALAM: Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di sini ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata dalam kejadian pada Selasa lepas pada kirakira 12.30 tengah hari, pekerja warga India berusia 25 tahun berkenaan bagaimanap­un tidak mengalami apa- apa kecederaan.

Tambah Baharudin, menurut laporan yang dibuat oleh pemilik restoran itu, pekerjanya ada memberi teguran kepada tiga pelanggan lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.

“Teguran diberi secara baik tetapi seorang daripada pelanggan berkenaan terus menampar sekali di muka pekerjanya itu dan kemudian mereka terus beredar dari restoran setelah membuat bayaran.

Terdapat dua pekerja dan lima pelanggan lain di kedai berkenaan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kata Baharudin kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek yang melakukan perbuatan berkenaan diminta tampil memberi keterangan secara sukarela di balai polis berhampira­n.

Pada Oktober lepas, Kementeria­n Kesihatan mengumumka­n larangan merokok d semua restoran, kopitiam dan pusat penjaja, malah tempat makan di ruang terbuka, d seluruh negara, berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Mereka yang didapat merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara dua tahun manakala premis makan yang didapati membenarka­n pelanggan mereka merokok akan dikenakan hukuman denda maksimum RM2,500 — Bernama

Teguran diberi secara baik tetapi seorang daripada pelanggan berkenaan terus menampar sekali di muka pekerjanya itu dan kemudian mereka terus beredar dari restoran setelah membuat bayaran. Terdapat dua pekerja dan lima pelanggan

“lain di kedai berkenaan semasa kejadian.

ACP Baharudin Mat Taib

Ketua Polis Daerah Shah Alam

 ?? — Gambar Bernama ?? GADIS HILANG: Hasanuddin (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar dua gadis yang didakwa hilang oleh keluarga mereka sejak Disember lepas, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama GADIS HILANG: Hasanuddin (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar dua gadis yang didakwa hilang oleh keluarga mereka sejak Disember lepas, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia