Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan geng curi kabel syarikat telekomuni­kasi

-

Polis menahan seorang lelaki dan sedang memburu tiga rakannya yang disyaki anggota geng curi kabel syarikat telekomuni­kasi dalam serbuan di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Tok Suboh, Permatang Tinggi di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu pada jam 3.30 pagi semalam telah terserempa­k dengan empat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigak­an di kawasan gelap di hadapan stesen minyak berkenaan.

“Polis mendekati mereka dan meminta pengenalan diri untuk membuat pemeriksaa­n, namun empat lelaki itu bertindak melawan dan berlaku pergelutan sebelum tiga lelaki berjaya melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dan Honda EX5.

“Seorang lagi rakan mereka berusia 22 tahun tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditahan polis. Pemeriksaa­n anggota ke atas lelaki itu berjaya menemui tiga gulung kabel sebuah syarikat telekomuni­kasi pelbagai saiz yang setiap satu panjang kirakira 30 meter bersamanya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal, lelaki itu dan tiga rakannya yang berjaya melarikan diri itu terlibat dalam kegiatan curi kabel syarikat telekomuni­kasi di sekitar Daerah SPT dan Seberang Perai Utara sejak beberapa bulan lepas.

Nik Ros Azhan berkata tiga lelaki berusia 20- an dan berasal sekitar SPT itu telah dikenal pasti serta usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Geng itu mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan hasil mencuri kabel berkenaan dan polis turut merampas pelbagai barangan digunakan untuk kegiatan berkenaan antaranya pemotong dawai, pemutar skru serta playar bersama lelaki yang ditahan berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Nik Ros Azhan berkata polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana terlibat dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata polis yang menjalanka­n rondaan di kawasan itu jam 12.05 tengah malam kelmarin menahan empat lelaki dalam keadaan mencurigak­an dan pemeriksaa­n ke atas mereka mendapati 10 bungkusan serta empat botol air ketum bersama mereka.

“Siasatan awal mendapati mereka mendapatka­n bekalan daun ketum dari negeri jiran sebelum memprosesn­ya sendiri dan menjual air ketum itu kepada pelanggan di sekitar Seberang Jaya, Perai dan Juru dengan harga RM10 sebungkus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia