Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kelantan tolak dakwaan gadis hilang, diculik

-

Polis Kelantan masih lagi menjalanka­n siasatan ke atas kes kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sejak Disember lepas dan setakat ini menolak dakwaan gadis itu diculik.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata sehingga kini tiada sebarang tuntutan bayaran tebusan yang dibuat oleh mana-mana pihak ke atas remaja itu

“Kita masih lagi membuka siasatan di bawah kes orang hilang jika ada petunjuk baharu bahawa gadis berkenaan benarbenar diculik, baharu kita akan siasat di bawah Seksyen 361 kerana melarikan kanak-kanak dari penjagaan yang sah.

Kita juga menggunaka­n sepenuhnya elemen yang terdapat dalam jabatan ini untuk mengesan remaja tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Hasanuddin berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan sejak kali pertama kes tersebut dilaporkan oleh keluarga berkenaan pada 13 Dis lepas.

“Ketika kejadian pertama itu, pihak kami berjaya mengesan gadis berkenaan berada d Salak Selatan, Kuala Lumpur dan dengan bantuan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kita berjaya membawa pulang remaja tersebut ke pangkuan keluargany­a.

Bagaimanap­un, gadis terbabit sekali lagi melarikan dir pada 17 Dis pada jam 4 pagi dan sehingga kini belum ditemu sekali gus keluarga berkenaan membuat dakwaan anaknya hilang bersama orang yang dikenali,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia