Utusan Borneo (Sarawak)

‘Boy Sang Peng’ tumpas bersama 300 peket heroin

-

‘ Boy Sang Peng’ yang dibebaskan dari penjara baharu enam bulan lepas atas kesalahan dadah, ditahan semula oleh polis pada Selasa kerana disyaki mengedar 300 peket heroin di Flat Sri Selangor, Jalan Sang Peng, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddi­n Abdullah berkata dadah seberat 527.28 gram bernilai RM15,000 itu ditemui bersama lelaki berkenaan ketika mahu menjualnya kepada pelanggan.

“Hasil maklumat awam, polis berjaya menahan suspek berusia dalam lingkungan 40an pada kira-kira jam 1 petang bersama sebuah beg bungkusan plastik warna hitam yang di dalamnya terdapat lima ikatan getah mengandung­i heroin.

“Lelaki itu dipercayai menunggu pelanggan di kawasan meletak motosikal flat berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

“Lelaki itu mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan lima rekod berkaitan dadah,” kata Shaharuddi­n dan menambah kata lelaki itu dibebaskan dari penjara baharu enam bulan lepas.

Lelaki itu menyasarka­n pasaran dadah di sekitar Jalan San Peng dan Daerah Dang Wangi.

“Selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang digunakan suspek untuk mengedar dadah,” katanya.

Beliau berkata suspek direman selama seminggu bermula kelmarin bagi membantu siasatan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia